Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Faiz & Hidayah

Pada November 2016 saya terpandang iklan cari jodoh melalui portal tilljannah.my di facebook. Ketika itu saya berusia 27 tahun. Dengan niat ingin mencari teman hidup saya menguatkan hati untuk cuba masuk ke portal ini walaupun asalnya ragu-ragu. Bagi saya portal ini lebih murah dan lebih mudah berbanding portal lain yang pernah saya join. Saya aktifkan akaun 3 bulan untuk pertama kali. Pencarian pertama tidak berhasil walaupun ramai yang menyapa. Beberapa bulan kemudian, saya aktifkan 3 bulan lagi untuk kali kedua.

Alhamdulillah saya bertemu dengan calon yang tepat iaitu suami saya sekarang. Seingat saya suami pernah menyapa saya ketika percubaan kali pertama dahulu, tapi hati masih belum terbuka untuk dia. Rupanya Allah nak takdirkan kami bertemu untuk kali kedua. Selepas berhubung melalui portal kami panjangkan ke facebook untuk melihat dengan lebih jelas latarbelakang diri dan keluarga suami. Dari situlah kami berbalas mesej sehingga bertemu secara bersemuka untuk kali pertama. Ringkasnya, pada 09 Disember 2017 keluarga suami menghantar rombongan merisik, hasil persetujuan kedua belah pihak, kami disatukan dalam majlis pertunangan dan akad nikah pada 18 Ogos 2018.

Diikuti majlis resepsi pada 19 Ogos 2018. Kemudian majlis sambut menantu pada 29 September 2018. Alhamdulillah berbekalkan usaha, doa dan tawakal segalanya berjalan dengan begitu baik seperti yang dirancang.Terima kasih Tilljannah.my kerana menyediakan ruang yang tepat untuk mencari jodoh.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, bujang / duda / janda dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh