Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Zulkflie & Anis

Portal Cari Jodoh Till Jannah, apa tu? Haaa masa pertama kali dengar daripada kawan sepejabat cerita, memang betul-betul tak tahu yang portal cari jodoh ni wujud. Kawan siap bagitahu lagi yang saya boleh pilih nak ciri-ciri yang macam mana? kerja apa? handsome ke tak? hahaha. Dia pon suruh saya join. Masa tu saya memang belum ada calon lagi, jadi teruja la nak cuba.

Saya pon terus la daftar dengan pakej untuk sebulan sahaja. Sebab niat di hati nak cuba je. Dalam hati kata, boleh percaya ke benda ni?? Haha tak sangka dalam tak percaya tu si dia dah jadi suami saya sekarang.

Hujung bulan Disember 2016, dia mula inbox saya. Seminggu je kenal dalam portal, terus dia ajak jumpa. Keluarga pun semua dah setuju dan kitorang buat keputusan untuk terus bertunang. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, 29 April 2017 kami bertunang. Empat bulan lebih kurang kami bertunang, dengan izin Allah SWT tanggal 26/8/2017 kami disatukan. Alhamdulillah, sekarang dah ada seorang cahaya mata puteri kesayangan kami Aisyah Mardhiyyah binti Mohamad Zulkflie.

Terima kasih sangat-sangat kepada Portal Cari Jodoh TillJannah.my kerana telah menjadi asbab untuk saya bertemu jodoh dengan suami saya sekarang.

Alhamdulillah
Terima Kasih Allah ♥️
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, bujang / duda / janda dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh