Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Khuzaimie & Farikhah

Bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum.. pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih buat admin portal cari jodoh malaysia tilljannah.my kerana menyediakan portal ini bagi memudahkan pencarian jodoh.

Pada awal penyertaan saya dalam portal ini pada tahun 2017 adalah untuk mencari kawan,di mana dalam masa yang sama saya menyerahkan urusan jodoh saya pada Allah.

Sehinggalah suatu hari si dia menghantar salam di portal tilljannah.my. sy membalas mesej tersebut dan kami berbalas mesej selama beberapa hari dan dalam masa yang sama saya melakukan istikarah mohon yang terbaik dari Allah. Memandangkan waktu itu bulan puasa jadi saya tidak melepaskan peluang minta petunjuk dari Allah. Namun dalam masa tersebut,si dia seolah tidak berminat untuk meneruskan perbualan dan saya juga mengambil keputusan untuk berhenti menghantar mesej.

Beberapa hari kemudian,si dia kembali menghantar mesej kepada saya. Memandangkan waktu itu hari raya,saya mengundang si dia ke rumah sebagai kawan dan berkenalan dengan keluarga saya. Dan si dia juga bersetuju untuk datang beraya. Sejurus si dia pulang ke rumah,si dia mengatakan pada saya yang keluarganya bersetuju untuk menerima saya.

Alhamdulillah 24/2/2018 kami bertunang,08/03/2019 kami bernikah dan telah menimang cahaya mata pertama pada 29/01/2020. Terima kasih portal tilljannah.my kerana menjadi medium pertemuan kami.mohon doakan semoga keluarga kami sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah ☺️☺️
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh