Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Wafi & Asyiqin

Assalammualaikum. Nama saya Nurul 'Asyiqin.
Saya join tilljannah sebab adik saya yang suggest pada akhir tahun 2017..time tu umur 30 tahun.
Ayah saya selalu tanya, takde kawan laki ke..semua perempuan je..saya ni pendiam/pemalu. Dulu pun sekolah perempuan, so takde couple-couple ni.
Sampai dah habis sekolah, habis diploma, dah kerja..memang takde boyfriend.
Last-last join tilljannah..mula-mula tak yakin juga..boleh ke cari jodoh kat sini. Lepas istikarah, baru join..memang niat nak cari jodoh, bukan saja-saja join nak test market ke apa.

Saya pun ada la letak syarat ciri-ciri calon suami yang diingini.
So ramai juga yang pm bagi salam.
Tapi maybe sebab busy kerja, so ramai yang chat tu macam cipsmore, jap ado, jap hilang..ado yang lama hilang...susah juga la nak kenal..sebab nak tunggu balas chat lamo bona..huhu..
But husband yang paling komited la nak kenal..selalu chat, kita ada jual mahal sikit kat dia, hehe...tapi dia tak putus asa..kitaorang selalu chat kat tilljannah je..lepas 5 bulan baru bagi link facebook..lepas 2 bulan pula baru bagi handphone no.
Dia memang serius la ajak kahwin..so bincang dengan family semua..Diorang kata jumpa dulu..kalau ok, terus on je..
So 1st jumpe dia dah bawa jumpa parents dia, Jan 2018, bulan 2 tu, husband bawa family dia semua terus datang merisik. Then terus decide nikah bulan 6
Memang cepat la..macam terkejut jgk.
Tapi dah sampai jodoh kan
Alhamdulillah memang Allah tolong permudahkan semuanya.

Oh ye..kami umur sebaya.
Sekarang Alhamdulillah dah ada anak seorang, girl (umur 9 bulan)
Permata hati intan payong.
Alhamdulillah..TQ Allah.

Also TQ tilljannah!!

Semoga anda yang lain juga dipermudah urusan bertemu jodoh yang sesuai.
Kita ni takde yang sempurna. So pasangan kita la yang tolong sempurnakan kekurangan kita.

Saling melengkapi, semoga perkahwinan kita semua kekal bahagia hingga ke syurga seperti nama page ni

Tilljannah..aamiinnnn

Terima kasih
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh