Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Zaid & Hafiza

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi menemukan saya dengan suami di platform tilljannah ini. Ribuan terima kasih kepada admin tilljannah dan semua yang terlibat kerana disinilah saya mula berkenalan dengan suami saya sekarang.

Pada mulanya, saya hanya join secara suka-suka. Tambahan pula ianya free. Ahli hanya perlu membayar mengikut pakej yang ditawarkan jika mahu membalas mesej-mesej daripada ahli lain yang ingin berkenalan. Selepas beberapa hari join, inbox saya dihujani berpuluh-puluh mesej. Apabila dibuka profil mereka, semuanya yang berkerjaya. kebanyakan mereka adalah engineer dan lecturer. Maka dari situ terdetik hati untuk melanggan pakej RM50 untuk 3 bulan bermula Januari 2018. Bagi saya, tiada salahnya mencuba. Pakej yang ditawarkan dalam tilljannah memang sangat affordable.

Harapan saya semoga Allah memudahkan jodoh saya disini. Alhamdulillah ramai yang serius tetapi hanya beberapa orang yang saya tapis untuk jumpa secara berdepan dan saya serahkan pada Allah urusan jodoh saya. Long story short, saya hanya berjumpa beberapa kali dengan suami sebelum kami akhirnya disatukan pada Disember 2018. Pertemuan awal yang tidak dirancang selama 5 minit ketika saya ada training di Setapak rupanya merupakan titik permulaan hubungan kami ke arah yang diredhai. Alhamdulillah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, bujang / duda / janda dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh