Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Hafiz & Hanim

Kisah Cinta Kami

Assalamualaikum wbt para pembaca di laman TillJannah

Alhamdulillah , Saya Hafiz Ahmad dan pasangan saya Noor Farhanim telah selamat menjadi suami isteri pada 16 mac 2018. Terima kasih kepada portal Tilljannah.my kerana telah menyediakan platform yang amat bagus dan di sinilah kami mula berkenalan.

Saya mula mendaftar di portal tilljannah pada pertengahan 2017 dengan harapan ingin mencari jodoh dengan serius. Saya bekerja di Sabah dan asal Perak , saya memilih calon bakal isteri saya di portal tilljannah kesemuanya adalah calon dari Perak. Alhamdulillah saya bertemu dengan Noor Farhanim .

Kami bertukar nombor HP dan membuat temujanji untuk bertemu buat kali pertama bila saya bercuti balik ke semenanjung. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Selepas saya berjumpa buat kali pertama , saya terus melamar bakal isteri saya untuk merisik dan terus bertunang.

Saya bertunang pada bulan desember 2017 dan tidak mengambil masa yang lama untuk bertunang, hanya dalam 3 bulan fasa saya bertunang dan terus melangsungkan perkahwinan.. kami bercinta selepas kahwin. Hanya 6 bulan perkenalan hasil dari tilljannah dan kami terus berkahwin .

Nasihat saya kepada calon-calon yang baru nak daftar , kalau niat betul, insyaallah Allah akan permudahkan dari mula sampai akhir..

Terima Kasih Tilljannah.my !
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh