Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Amirol & Aniyah

Assalamualaikum wbt para pembaca di laman TillJannah.

Ringkasnya saya bernama Amirol telah selamat berpasangan dengan isteri saya, Aniyah pada 24 Mac 2019 yang lalu. Alhamdulillah..

Terima kasih banyak-banyak kepada pihak TillJannah yang menyediakan platform ini kerana di sini lah kami berkenalan. Tanpa asbab laman ini agaknya saya masih lagi bujang kot.. Hihi..

Berikut adalah kisah awal pertemuan kami yang bermula di laman TillJannah hingga ke jinjang pelamin awal tahun 2019.

Jujurnya saya bukan seorang yang bergantung kepada laman TillJannah untuk cari pasangan hidup. Tapi itulah silap saya.

Saya langsung tidak mencuba daftar kerana anggap jodoh boleh cari sendiri. Namun kebanyakan mereka yang saya cari sendiri tidak serius untuk ke fasa perkahwinan; sehinggalah suatu hari saya terdetik ingin cuba cari calon yang benar-benar ingin berkahwin di laman TillJannah pada pertengahan tahun 2017.

Di TillJannah saya mula berkenalan secara syarat & kriteria dengan beberapa wanita. Pada awalnya saya agak skeptikal bahawa tiada orang akan memenuhi syarat & kriteria yang saya tetapkan untuk berkenalan. Rupanya si dia (isteri sekarang) memang ada cuma lewat daftar ke TillJannah.. Hujung tahun 2017 dia baru daftar. Hahah...

Setelah setuju dengan beberapa perkara besar, kami sepakat bertemu untuk taaruf di luar & seterusnya saya datang merisik ke rumah mak ayah si dia pada pertengahan tahun 2018. Kami mula bertunang sejurus selepas selesai merisik pada hari itu.. Alhamdulillah..

Segala cabaran tetap ada sepanjang pertunangan & Allah permudahkan jua perjalanan kami sepanjang ke arah majlis perkahwinan kami. Niat yang baik dan disiplin hati itu sangat penting.

Begitulah sedikit coretan kisah kami yang tidak seberapa untuk kongsian kepada para pembaca. Bagi kami pula, ini adalah kisah kenangan manis & penting yang pernah kami lalui sebelum dapat bersama seperti sekarang..

Buat para pembaca, ambil tahu beberapa perkara penting ini..

Sekiranya kita mahu sesuatu, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Sekiranya kita mahu dianggap bernilai tinggi, perlu ada pendirian dalam hidup.

Sekiranya kita betul berniat untuk ke arah perkahwinan maka Allah pasti akan permudahkan.

Sekiranya kita mahu perkahwinan yang bahagia, layan pasangan kita seperti dia adalah orang yang mukmin.

Sekiranya kita mahu cari pasangan yang betul dan tepat, maka segera daftar dan mencuba dengan laman TillJannah!
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh