Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Hakim & Aimy

Assalamualaikum wbt,

Saya dan isteri berkenalan melalui portal Tilljannah.my sekitar Jun 2018. Setelah berbalas mesej berbulan-bulan, kami berhasrat untuk berjumpa, ditemani oleh adik masing-masing pada 08.11.2018 . Saya kemudiannya tekad berjumpa keluarga isteri saya untuk berkenalan dengan lebih dekat pada 14.04.2019 dan menyatakan hasrat saya untuk ke peringkat yang lebih serius dengan isteri saya. Alhamdullilah, selepas itu kami serasi dan kedua-dua belah keluarga telah saling mengenali dan merestui hubungan kami.

Kami telah mengikat pertunangan pada 23.06.2019. Alhamdullilah selepas lima bulan, kami bernikah pada 29.11.2019. Pada 30.11.2019 kami bersanding secara sederhana tapi meriah. Majlis bertandang bagi pihak suami pula diadakan pada 18.01.2020.

Pada pendapat kami, portal Tilljannah.my ini sangat sesuai bagi individu yang serius dan bersedia untuk mencari jodoh dan mendirikan rumahtangga. InsyaAllah, sekiranya kita ikhlas dan berniat mahu mencari jodoh yang diredhai oleh Allah, jodoh itu datang tanpa kita sedari. Sentiasa mohon petunjuk Allah SWT sebelum dan semasa mengenali hati budi seseorang.

Sekian, terima kasih.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh