Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Aziz & Zuraidah

Salam,

Berikut saya sertakan kisah saya dalam menggunakan platform tilljannah dalam pencarian jodoh sehingga sekarang ini bersama isteri dan seorang cahayamata.

1. mula menggunakan tilljannah
* saya telah berkahwin pada may 2011 dan perkahwinan hanya bertahan selama 5 tahun 1 bulan dan pengakhiran perkahwinan pertama berakhir seminggu sebelum aidilfitri tahun 2016.
* saya diperkenalkan oleh rakan yang juga mendapat jodoh melalui portal cari jodoh yang lain
* saya buat carian dan tertarik dengan tilljannah
* mula mendaftar beberapa bulan selepas penceraian

2. harapan & niat
* harapan dan niat memang untuk cari jodoh yang sesuai dan menjadi pelengkap kehidupan. setelah menghadapi fasa penceraian yang memberi perspektif lebih luas dalam perkahwinan

3. perkenalan
* pilihan yang dibuat perlu teliti. saya juga telah memberi salam kepada lebih 50 orang ahli dan menerima salam dari 40 orang yang lain
* berjumpa dengan 2 orang calon secara face to face , berkenalan namun atas faktor kurang persefahaman, hubungan tidak dapat diteruskan
* isteri(kini) adalah calon ke-3 dari perkenalan secara serius.
* pertama kali berjumpa pada 3/12/2016
* tujuannya juga sama untuk mencari jodoh suami
* kewangan saya ketika itu tidak stabil namun beliau sangat memahami dan kami adakan majlis yang sederhana namun menggembirakan kedua belah keluarga
* kedua belah keluarga juga jauh, dan ditemukan di rumah adik isteri di seri kembangan.
(keluarga saya- Bagan Datuk, Perak) (keluarga isteri - Jeli, Kelantan)
* perjumpaan keluarga dalam bulan april dan pernikahan pada 22/7/2017 bersamaan 28 syawal 1438hijrah.
* resepsi di sebelah lelaki pula pada 2 /12/2017 untuk majlis resepsi bersama pakcik saudara saya

4. fasa perkahwinan
* daripada pengalaman lalu, komunikasi menjadi perkara penting dalam rumah tangga
* kami mesti selalu bercakap dan bertukar cerita untuk sama-sama memahami peribadi/kerja/ minat dan sebagainya
* kami juga saling menyokong minat dan bekerjasama dalam hal rumahtangga
* kami akan menyokong setiap yang kami lakukan, isteri pandai memasak dan menjual, saya akan tolong beli bahan dan tolong semampunya
* saya pula berkecimpung dalam hal komik dan isteri memahami
* daripada kisah perjalanan perkahwinan kali kedua ini saya hasilkan zine bertajuk "assalamualaikum chinta" , di cetak sendiri dengan content boleh dilihat di page fb dengan nama yang sama.

terima kasih atas platform tilljannah memberi peluang kedua kepada saya untuk hidup berkeluarga dengan lebih baik.

semoga sesiapa saja yang mencari pasangan diluar sana berjumpa dengan pasangan yang saling melengkapi. belajar untuk memahami pasangan, elakkan mencari kesempurnaan tapi lebihkan untuk saling melengkapi.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh