Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Fadhli & Husna

Assalamualaikum Admin..

Pertama sekali saya dan suami mengucapkan ribuan terima kasih di atas dengan adanya platform “Portal Cari Jodoh” seperti ini dapat membantu tuan/puan di luar sana mencari jodoh. Seperti kisah saya, pada awalnya saya tidak percaya mencari jodoh dengan menyertai portal seperti ini. Sehingga kawan baik yang memperkenalkan portal ini kepada saya. Saya mendaftarkan diri dalam portal ini hanya sebulan dan untuk mencuba sahaja. Dalam pada masa yang sama, saya berniat dalam hati “Jika bertemu jodoh di dalam portal ini, kau permudahkan. Jika sebaliknya, kau jauhkanlah”.

Alhamdulillah saya kenal dengan suami dalam portal ni pada:
Pertengahan NOV 2017 - Berkenalan Hujung DEC 2017 - Pertemuan ahli keluarga, saya asal Perak dan suami asal Selangor. FEB 2018 – Bertunang DEC 2018 – Nikah SEPTEMBER 2019 – Alhamdulillah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Perkenalan saya dan suami sekejap sahaja lebih kurang 2 minggu. Kami berdua ingin mengambil berkat bercinta selepas berkahwin. Bercinta lepas kahwin, kenal tak lama, semua ini ada kesan baik dan sebaliknya. Tetapi saya percaya dan yakin, selepas pertemuan dengan ahli keluarga dan mendapat restu ibu bapa terutamanya InshaAllah segala urusan di permudahkan. Saya sebelum ini juga pernah alami kegagalan dalam percintaan. Allah swt tidak akan menguji kita di luar kemampuan. Yakinlah, berubah diri kearah kebaikan, dekatkan diri dengan Allah swt, senangkan hati ibu bapa, InshaAllah segala urusan kita dipermudahkan. Solat dan sentiasa berdoa agar mendapat jodoh yang baik-baik.

Saya dan suami mendoakan tuan/puan di luar sana yang masih belum bertemu jodoh, jangan putus asa. Usaha,doa dan tawakal. Alhamdulillah kini pernikahan kami yang ke 2 tahun. Semoga segala urusan tuan/puan dipermudahkan Allah swt dan doakan kami juga kekal bahagia ke Syurga. Tidak dilupakan semoga Portal Till Jannah ini semakin di kenali dan terus maju jaya hendaknya.

Yang Benar, Keluarga bahagia FH
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh