Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Arif & Ain

Assalamualaikum, saya Noor Ain pasangan kepada Mohamad Zu Arif ingin menceritakan sedikit berkenaan saat perkenalan kami di Till Jannah.

Niat kami untuk join till jannah adalah sama iaitu untuk serius terus fikir kearah perkahwinan tiada masa bercinta lama dan membuang masa. Harapan dapat berjumpa dengan jodoh yang tepat dan diredhai ALLAH.

Saat pertama kali suami saya menegur di laman till jannah kami terus bersetuju untuk menukar no telefon dan perkenalan yang singkat terus membawa kami ke gerbang perkahwinan.

Tak sampai 2 minggu suami saya mula contact dengan keluarga saya untuk masuk merisik dan semuanya ALHAMDULILLAH berjalan dengan lancar. Sebulan kami berkenalan terus mengikatkan tali pertunangan diatas persetujuan dan restu kedua belah keluarga kami.

Selepas 10 bulan kami sah bernikah menjadi suami isteri. Tarikh kenal pertama kali TILL JANNAH 1/5/2017, pertama kali jumpa dan terus betunang pada 27/6/2017 dan selamat bernikah pada 3/3/2018.

Dan Alhamdulillah hasil perkahwinan kami sekarang sudah dikurniakan seorang cahaya mata yang sudah berumur 1 tahun 5 bulan. Doakan kami sekeluarga bahagia sampai ke syurga ALLAH mudah mudahan ?.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh