Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Solehin & Amalina

Assalamualaikum..

Ini short sharing macam mana boleh kenal dengan suami. Daftar dekat portal till jannah bulan 6 tahun 2018, dengan niat untuk usaha mencari jodoh. Mana tau jumpa jodoh dengan cara macam ni pulak kan? Dan saya selalu percaya kalau kita niat yang baik-baik, insyaAllah akan dipermudahkan semua urusan.

Saya tetapkan syarat untuk berkenalan dengan seorang saja individu dalam satu masa (dalam portal boleh kenal ramai orang dalam satu masa) dan berniat berkenalan untuk bernikah, bukan main-main. Kalau dalam sebulan rasa tak serasi, boleh kenal dengan orang lain. Ini syarat personal saya sebab bagi saya hanya orang betul-betul serius saja akan boleh bagi komitmen.

Ada saja lelaki yang condemn saya sebab buat syarat macam ni tapi its okay tu opinion dia. Bulan 8 ada seorang lelaki ni berani nak terima syarat ni dan lepas berkenalan kami rasa serasi dengan each other. Fast forward, lepas 4 bulan kenal, kami bertunang pada bulan Januari. Dan alhamdulillah pada Jun 2019, kami selamat bernikah dengan izinNya.

Untuk kawan-kawan yang sedang berusaha mencari jodoh, moga dipermudahkan urusan kalian. Berniat yang baik-baik, doa yang baik-baik insyaAllah akan dipermudahkan semua urusan dan orang yang baik akan datang dengan cara yang baik jua.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh