Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Shahril & Saqina

Assalamualaikum. Kami Shahril Azizi dan Saqina. Alhamdulillah, kami dipertemukan melalui TillJannah.my dan kini telah sah bergelar suami isteri.

Apabila usia sudah memasuki lewat 30-an, ramai rakan di sekeliling kami telah berkeluarga. Dalam masa yang sama, kami berharap dapat mengenali circle baharu dan bertemu seseorang yang boleh dibawa ke fasa kehidupan seterusnya. Selepas beberapa kali perkenalan yang tidak berjaya melalui kenalan, kami berdua mengambil keputusan untuk mencuba nasib di TillJannah.my.

Perkenalan kami bermula pada Februari 2024 apabila Saqina swipe right dan menghantar mesej "Hi". Sebelum itu, kami juga sempat berkenalan dengan beberapa orang di TillJannah.my, namun belum menemui keserasian. Apa yang membuatkan Saqina tertarik ialah penceritaan ringkas Shahril di profilnya. Dari perbualan pertama, kami merasakan ada chemistry, dan perkongsian minat yang sama membuatkan hubungan kami semakin akrab.

Dua bulan selepas berkenalan, kami membuat keputusan untuk bertemu kerana sama-sama tinggal di sekitar Klang Valley. Disebabkan pengalaman lalu masing-masing, kami sepakat untuk mengambil masa hampir setahun mengenali hati budi antara satu sama lain. Pada Januari 2025, kami memperkenalkan pasangan kepada kedua-dua keluarga. Rancangan asal yang sekadar ingin merisik akhirnya bertukar menjadi majlis pertunangan pada 22 Februari 2025. Alhamdulillah, pada 10 Mei 2026 kami selamat diijabkabulkan.

Kalau masih ragu-ragu, apa salahnya beri peluang kepada diri sendiri. TillJannah.my hanyalah satu medium untuk menemukan insan yang mungkin telah Allah tentukan buat kita. Selebihnya adalah usaha, doa dan tawakal.

Semoga dipermudahkan urusan dan dipertemukan dengan pasangan yang serasi. Dalam usaha mencari jodoh, sentiasalah berwaspada dan kenali seseorang dengan sebaiknya sebelum membuat keputusan. Insya-Allah, jika sudah tertulis jodoh, ia tidak akan ke mana. Percayalah, setiap orang mempunyai waktu terbaik yang telah Allah tetapkan.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


📢 Join Telegram kami
t.me/TillJannahPortalJodoh