Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Firdaus & Azihana

Nama saya Mohd Firdaus dan isteri saya bernama Azihana.

Saya menyertai TillJannah apabila sudah sekian lama saya mencuba mencari pasangan tetapi tidak berjaya, sebagai contoh tidak serasi, masalah komunikasi, ibu dan ayah tidak setuju etc, jadi saya cuba cara online, mulanya saya cuba menggunakan portal lain, tetapi tidak berjaya, kemudian cuba melalui TillJannah, alhamdulillah kahwin juga.

Isteri saya mulakan langkah dahulu dengan memberi salam. Sebenarnya ramai berkenalan dengan memberi salam, tetapi isteri saya lain sikit caranya, beri salam dengan menaip sendiri, yang lain cuma copy paste dari TillJannah word suggestion, di situ dah nampak effort pada saya walaupun nampak mudah. Di situ saya mula berkawan dengan isteri saya (pada masa itu kami berdua masih bujang)

Jujur cakap pada awal perkenalan memang dipermudahkan, masing masing ada sahaja perkara hendak disembangkan. Pada peringkat jumpa keluarga, di situ dugaan bermula. Ibu bapa isteri saya ok sahaja, ayah saya juga ok, tetapi ibu sahaja menjadi halangan. Ada sahaja yang tidak kena pada isteri saya, contoh kenal di online adalah scam dan banyak lagi kata kata 'pujangga' dari ibu saya, tapi saya tetap yakin dengan pilihan saya.

Semakin dekat tarikh akad nikah, semakin kuat dugaan dari ibu saya, sumpah seranah semakin kuat kedengaran, fitnah mula bertebaran. Saya semakin buntu. Pihak keluarga isteri hampir membuat keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan, passive aggresive dari ibu saya semakin menjadi-jadi sehingga keluarga isteri semakin tidak selesa.

Mujur ayah saya (sudah arwah) penyelamat hubungan saya mahu bina bersama isteri. Ayah saya faham keadaan saya dan kami berdua bertemu dengan ayah dan ibu isteri saya, kami berbincang. Ayah bagi jaminan dengan 'kalau ada apa apa masalah, tanggungjawab 100% ke atas saya'. Saya pula berjanji kepada ibu dan ayah isteri saya bahawasanya saya akan menjaga anak perempuan nya sepenuh jiwa raga saya. Saya akan pertahan kan isteri saya dengan segala kekuatan dan nyawa saya dari anasir anasir berunsur jahat, walaupun dari kalangan keluarga sendiri.


Akhirnya tanggal 19 Julai 2025, dengan izin Allah kami akhirnya akad nikah. Tetapi sedihnya, waktu akad nikah, ibu dan adik perempuan saya tidak hadir. Saya hanya ditemani ayah, penutup cerita ayah saya yakni penyelamat saya telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 24 Okt 2025, tidak lama selepas kami berkahwin. Penyelamat saya telah hilang, kini saya berseorangan. Hanya ajaran dan didikan ayah saya jadi pedoman hidup, tetapi alhamdulillah saya menpunyai isteri yang kuat menyokong saya dari belakang.


Pesanan saya, masuk TillJannah hanya untuk mereka yang benar-benar ikhlas mencari pasangan hidup, bersedia dengan dugaan yang bakal Allah turunkan. Allah turunkan dugaan untuk menguatkan hubungan kita dan pasangan.


Mencari pasangan sebenarnya pendapat saya agak mudah, just be yourself, jujur dengan diri sendiri dan kepada pasangan kita. Contoh kalau ada duit cakap ada duit, kalau tak berapa ada, jujur saja cakap tak berapa ada. Tutur kata kena sopan, bergurau jangan sehingga menyentuh sensitiviti pasangan. Bermula perkenalan dengan cuba bercerita apa pasanagan kita suka, sebagai contohnya, dalam info biodata pasangan kita suka travel, cuba bila berkenalan tu bermula dengan 'dari info cik minat travel, boleh cerita sikit travel yang mcm mana? nature ke, pantai ke, bandar ke. Macam saya pula, kalau ada rezeki nak ke Manchu Pichu. Saya suka sejarah peradaban lama. Ini cerita kalau ada rezeki la, 'cik last travel ke mana?'. Haa macam tu lah lebih kurang. Jadi bila bersembang tu banyak perkara boleh dibincang kan, tak da la macam sembang tipikal mcm 'dah makan ke belum' saya sendiri pun boring kalau macam tu.


Terima kasih kepada TillJannah kerana dengan izin Allah, rupanya jodoh saya bermula di laman web ini, tidak ku sangka. Ya benar dugaan maha hebat, tapi macam mana nak cakap ya, Allah tetap bagi lorongan kepada kami berdua untuk menjadi suami isteri pada akhirnya,
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


📢 Join Telegram kami
t.me/TillJannahPortalJodoh