Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Hafiz & Ashikin

Assalamualaikum wbt warga TillJannah.my. Nama saya Ashikin. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah dan kurniaan-Nya saya telah selamat bertemu dengan pasangan saya iaitu suami saya sekarang ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak dan warga TillJannah.my serta krew-krew yang bertanggungjawab memantau segala tindak balas pengguna-pengguna agar tidak ada yang melanggar syariat walaupun hanya menjadi pemantau sebagai medium perantara. Ini secara tidak langsung pihak TillJannah.my telah memudahkan cara serta melindungi hak-hak peribadi setiap pengguna agar tidak terlepas pada pihak yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya saya dan suami disatukan dalam ikatan yang sah dengan mudah dengan izin-Nya Alhamdulillah.

Sebenarnya pada permulaan, saya tidak menyangka akan dipertemukan dengan seseorang di alam maya begini kerana saya sudah tidak rasa ingin berkahwin pada mulanya. Akan tetapi pihak keluarga, terutama ibu saya yang berhasrat ingin melihat saya bernikah dan ada suami. Malah, adik-beradik saya semuanya menyokong ibu dan ayah saya. Jadi saya sudah tidak mahu berkenalan dengan sesiapa pun ketika itu.

Selepas saya istikharah, saya terdetik rasa nak mencari di portal yang selamat dan akhirnya saya terjumpa portal TillJannah.my di TikTok sebelum saya menutup akaun media sosial saya kerana saya tidak mahu diganggu. Saya tidak menyangka kerana tidak sampai sebulan, ramai yang ingin berkenalan tetapi tidak semua saya membalas sehingga ada seseorang ini membuatkan saya agak tertarik dengan peribadi yang ditulis di ruangan profil beliau.

Pada 2 Jun 2026 saya mula membalas mesej beliau. Saya meminta pandangan adik-adik saya dan akhirnya saya tidak bersembang banyak dengannya terus dia bersetuju ke Perak untuk ditaaruf oleh adik-adik saya di Perak pada 4 Jun 2026, walaupun dia menetap di Selangor. Dengan kesungguhan dan komitmen yang dia tunjukkan, maka selang dua minggu adik-adik saya panggil lagi untuk kali ini kedua bertemu ibu dan ayah pula serta semua adik-beradik di Perak pada 27 Jun 2026.

Tiada rombongan meminang, merisik, dan tiada juga upacara bertunang. Lalu pihak keluarga memudahkan cara untuk dia malah keluarganya juga bersetuju agar segalanya dipermudah dan disegerakan. Alhamdulillah tidak sampai 2 minggu selepas urusan perjumpaan bersama ibu ayah maka pertemuan kali ke-3 dia turun ke Perak adalah hari kami diijabkabulkan di masjid tempat kediaman saya di Perak pada tanggal 17 Julai 2026. Hanya 3 kali sahaja dia turun ke Perak dan bertemu saya dia sudah pun selamat menjadi suami saya yang sah. Syukur Alhamdulillah. Sehingga kini kami masih dalam fasa mengenali hati budi dan bercinta kerana kami perhubungan jarak jauh. Saya mengajar di Perak manakala dia penjawat awam di Putrajaya.

Akhir nukilan daripada daripada saya, saya mendoakan semoga ahli-ahli yang mendaftar di portal TillJannah.my agar bertemu jodoh yang sepadan dan serasi dengan diri kalian masing-masing In Syaa Allah..Amiiin.🤲🏻

Saya percaya tiap-tiap usaha yang kita buat pasti Allah akan lorongkan dengan kebaikan selagi mana kita mengikut landasan dan syariat yang betul. Akhir sekali nasihat ikhlas daripada saya, janganlah dan tidak perlulah ragu-ragu dengan portal ini kerana di sini ramai yang telah terbukti menemukan jodoh mereka di sini dengan segala izin dan kurniaanNya termasuk diri saya sendiri dan suami.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak TillJannah.my yang telah bekerjasama dalam menjadi pihak pengantara dalam pertemuan yang sungguh bermakna buat saya dan suami. Alhamdulillah. Sekian. ❤️
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


📢 Join Telegram kami
t.me/TillJannahPortalJodoh