Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Shahrul & Rokiah
Assalamualaikum wbt kepada semua warga TillJannah.my. Dengan lafaz Bismillah, saya berbesar hati untuk menceritakan perjalanan cinta saya bersama pasangan hingga kami disahkan sebagai suami isteri pada tanggal 13 Disember 2025 yang lalu.
Sedikit latar belakang, saya ialah seorang guru di sebuah sekolah menengah kerajaan manakala suami pula bekerja di sektor swasta, atau lebih khususnya di bahagian telekomunikasi.
Saya telah lama mendaftar di TillJannah.my dan berkenalan secara maya sahaja, tetapi tidak berjaya temui pasangan yang sesuai hinggalah hampir putus asa dan mahu menutup akaun kerana usia pun telah meningkat. Namun, takdir Allah swt berkata sebaliknya. Dengan satu salam perkenalan ikhlas dari si dia, saya tiba-tiba rasa terbuka hati untuk mencuba buat kali terakhir...
Setelah kami saling berbalas mesej dan berpuas hati dengan profil dan latar belakang masing-masing selama tiga minggu, si dia terus ajak bertemu muka di tempat saya. Kesungguhan, keikhlasan dan kejujuran si dia amatlah saya kagumi kerana sanggup bertemu dgn ibu saya tanpa ragu-ragu.
Inilah yg buat saya terpaut hati. Si dia juga menunjukkan sifat lelaki yg berbudi, bertanggungjawab, lembut dan mudah berkomunikasi. Si dia juga berterus terang pada pertemuan yang pertama bahawa dia ingin meneruskan taaruf dan serius untuk berkahwin jika saya setuju. Si dia juga membawa keluarganya beraya di rumah ibu saya dan kesungguhan ini amatlah saya hargai.
Kami mengambil masa 8 bulan untuk saling mengenal hati budi, lalu mengikat tali pertunangan pada 16 Ogos 2025 dan berkahwin 4 bulan kemudian. Alhamdulillah hubungan kami direstui kedua-dua belah keluarga dan sangatlah mudah hinggakan saya begitu yakin inilah jodoh dari Allah untuk saya dan pasangan.
Setelah lama menunggu, saya dikurniakan jodoh yg terbaik. Terasa amat bersyukur. Kini, kami bahagia melayari bahtera perkahwinan baru dua bulan dan semoga kekal hingga ke syurga.
Untuk sahabat TillJannah.my yang masih belum sertai atau ragu-ragu, nasihat saya, kita berusaha, selebihnya tawakal, berserah kepada Allah sepenuhnya. Telitilah calon dahulu, jangan terus mudah percaya, pilihlah calon yang sekufu, dan yang paling penting, berdoa di sepanjang usaha berjalan. Memang ada calon yang kurang serius, tetapi tidak mustahil ada seorang yg namanya telah tertulis sebagai jodoh kita di luh mahfuz, berada dalam TillJannah.my ini. Seperti apa yang terjadi kepada saya. Yakinlah susunan takdir Allah itulah yg terbaik. Lambat tidak semestinya tidak ada langsung.
Saya mendoakan semua yang masih berusaha mencari pasangan agar dipertemukan jodoh masing-masing. Amin allahumma amin