Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Hakim & Afikah
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada admin Tilljannah.my .. Saya ingin memperkenalkan diri saya dan pasangan saya iaitu nama saya Hakim dan pasangan saya bernama Afikah...Kami berdua berusia 34 tahun. Saya merupakan seorang operator kilang tayar dan pasangan saya pula bekerja sebagai pekerja data management di sebuah syarikat pengangkutan.
Alhamdulillah kami telah diijab kabulkan pada tarikh 12 February 2026. Hanya pernikahan sederhana dan tiada majlis persandingan.
Kisah kami bermula dari pendaftaran mencari jodoh di platform Tilljannah.my. Saya mula berdaftar pada bulan 10, tahun 2025. Manakala, pasangan saya sudah 1 tahun setengah berada dalam platform Tilljannah.my iaitu pada tahun 2024.
Saya mengenali platform Tilljannah.my ini daripada iklan di Facebook. Pasangan saya pula mengenali platform Tilljannah.my ini melalui iklan di instagram. Tujuan saya dan pasangan saya ialah kami ingin mencari jodoh dan mendirikan rumahtangga. Kami memiliki tujuan yang serius dalam mencari pasangan untuk berkahwin.
Perkenalan kami mengambil masa hanya sebulan kerana tiada urusan majlis hanyalah pernikahan yang wajib kerana kami berdua sudah bersetuju untuk menghalalkan hubungan dengan berjimat dan mempermudahkan urusan. Makanya, proses pernikahan kami lebih singkat selepas bertaaruf.
Cara perkenalan kami sangat ringkas iaitu pada bulan Januari 2026, saya sebagai lelaki telah memperkenalkan diri dan menyatakan hasrat untuk bertaaruf dengan pasangan saya. Saya memilih pasangan saya untuk berkenalan ialah kerana status dirinya yang bersesuaian dengan status diri saya. Saya merupakan duda yang memiliki seorang anak. Manakala pasangan saya merupakan janda yang tiada anak. Setelah melihat kriteria yang ditulis pasangan saya, saya mendapati saya berkemungkinan memiliki ciri dan kualiti yang pasangan saya cari. Disebabkan status dan kriteria itu saya beranikan diri menghantar pesanan pada pasangan saya untuk tujuan perkenalan.
Sejujurnya, terdapat pelbagai cabaran yang saya hadapi semasa proses perkenalan mencari jodoh menggunakan platform Tilljannah.my ini. Antaranya ialah sesi perkenalan yang sangat ringkas hanya text tidak mampu untuk memberikan pemohon untuk mengetahui keadaan sebenar calon yang ingin dikenali. Maka, disitu kebanyakan calon akan rasa kurang berminat kerana tidak dapat melihat realiti rupa dan kewujudan calon tersebut. Disebabkan hal ini kebanyakan calon akan menghilang tanpa kabar dan tidak berminat kerana tidak dapat melakukan komunikasi yang lebih jelas. Namun begitu, solusi yang saya fikirkan ialah bertaaruf melalui perjumpaan bersama calon yang bersetuju. Saya berniat untuk berbincang tujuan dan hasrat yang baik iaitu saya ingin berkahwin. Maka, saya meminta izin pada calon yang betul betul serius dan berminat untuk bertaaruf. Dengan cara ini saya telah menemui pasangan saya. Saya bertemu dengannya di sebuah kedai makan bagi meneruskan proses perkenalan kami. Alhamdulillah setelah selesai perjumpaan pertama kami. Kami berdua mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk meneruskan hasrat kami untuk berkahwin. Dalam perjumpaan tersebut saya memperkenalkan saya dan juga bertanya soalan soalan taaruf yang saya rasa penting. Begitu juga pasangan saya juga bertanya soalan taaruf bagi mengetahui tujuan, perancangan dan keinginan masa depan yang diingini masking-masing. Alhamdulillah kami mencapai kata sepakat dan berminat untuk meneruskan ke peringkat seterusnya iaitu pernikahan.
Pada minggu seterusnya, kami berjumpa dengan keluarga masing masing untuk memperkenalkan diri dan mengenali keluarga. Alhamdulillah kedua dua belah keluarga menerima kehadiran kami dengan hati terbuka dan menginginkan kami berdua berkahwin. Hasrat kedua belah keluarga inginkan kami bertemu pasangan yang sesuai dan boleh menerima kekurangan diri masing masing. Alhamdulillah proses bahagian berkenalan dengan ahli keluarga selesai dengan penerimaan yang positif.
Seterusnya, cabaran membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah salah satu cabaran yang menguji diri kami berdua. Disini boleh kami lihat usaha, kesungguhan dan kesudian untuk menghadapi kesulitan untuk menghalalkan hubungan kami. Proses ini mengambil masa selama 2 minggu. Proses ini diisi secara atas talian dan cabarannya ialah dalam penyediaan dokumen rasmi untuk mendapatkan kelulusan. Di saat ini sangat menguji kami kerana ada sahaja dokumen yang tidak lengkap dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam pencarian. Namun, kami berjaya juga menyelesaikan permohonan dan mendapat kelulusan berkahwin. Alhamdulillah.
Disini, saya ingin menyampaikan rasa bersyukur kepada Allah Ta'ala kerana mempermudahkan urusan ijab kabul saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Tilljannah.my kerana melalui platform ini saya mampu berusaha mencari jodoh dan bertemu jua akhirnya dengan jodoh yang Allah titipkan untuk saya. Saya tidak sangka yang saya akan bertemu seorang sehingga berkahwin melalui platform Tilljannah.my ini kerana kebanyakan calon yang saya usahakan gagal dan saya juga susah untuk diterima kerana status saya. Saya juga bersifat sangat pemalu. Makanya, saya banyak bersabar dan masih positif untuk mencari. Alhamdulillah akhirnya berjumpa calon yang boleh menerima diri saya seadanya.
Pesanan saya kepada mereka yang mencari calon. Tilljannah.my ini adalah platform yang bagus untuk mencari jodoh. Namun, jangan sangka bahawa semuanya Tilljannah.my akan buatkan. Kita sebagai calon haruslah banyak bersabar dan memiliki tujuan niat yang betul. Carilah calon untuk berkahwin dan bukan hanya untuk bermain main. Bila ada usaha, InsyaAllah ada jalan yang Allah berikan. Saya juga pernah hampir putus asa, tetapi saya tetap teruskan sebab dalam hati saya memang saya berniat untuk mencari teman hidup. Saya berfikir dalam diri saya semoga calon yang saya jumpa dalam Tilljannah.my ini serius dan berakhlak baik. Itulah yang saya niatkan selama saya mencari jodoh. Saya sangat gembira bila bertemu jodoh melalui Tilljannah.my. Allah Ta'ala mempermudahkan urusan saya. Alhamdulillah dan saya sangat bersyukur.
Saya berharap bagi pihak TillJannah.my. Teruskan membantu dalam menyatukan calon calon yang mencari jodoh. Jika ada lagi cara cara yang lebih baik harap boleh dilaksanakan. Contohnya mungkin mengadakan sesi pertemuan calon yang serius yang ingin bertemu secara realiti dan boleh dipantau oleh pihak TillJannah.my bagi mengelakkan kesalahan atau berlaku penipuan. Mungkin bajet sesi begini agak mahal juga. Jadi jika ada calon yang betul bersungguh dan serius untuk bertemu calon mereka boleh membuat pembayaran yang ditanggung calon sendiri agar mereka rasa mereka berusaha untuk mendapatkan calon yang sesuai dengan mereka. Kemungkinan juga bagi calon yang berjiwa sangat pemalu sesi ini sangat membantu membantu mereka. Namun,Ini hanyalah pendapat saya, jika cadangan saya ini akan membuatkan keadaan makin sukar maka tidak perlu dilakukan kerana akan menyebabkan kesusahan pada pelbagai pihak.
Kesimpulannya, saya ingin berterima kasih sekali lagi kepada pihak TillJannah.my kerana menyediakan platform mencari jodoh yang berlandaskan agama. Saya menggunakan platform Tilljannah.my ini dan Alhamdulillah saya berjaya bertemu jodoh. Semoga semua calon yang berusaha mencari jodoh akan bertemu jodoh dan diberi keberkatan dalam penyatuan kalian.