Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Naimuddin & Nabila
Assalamualaikum semua,
Saya Nabila, bekerja sebagai guru tadika di Brainy Bunch. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dipertemukan jodoh dengan pasangan saya, Mohamed Naimuddin yang bekerja sebagai penasihat kewangan, melalui aplikasi TillJannah.my.
Terima kasih saya ucapkan kepada TillJannah.my kerana memudahkan orang seperti saya untuk mencari jodoh yang baik.
Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya lalui sebelum ini. Saya pernah bercinta selama 10 tahun dengan seorang jejaka dari Johor. Perhubungan kami bermula sejak saya di bangku sekolah menengah sehinggalah ke universiti. Namun pada satu ketika, dia mengatakan bahawa kami mungkin tidak berjodoh. Rupanya dia telah dijodohkan dengan wanita lain selepas ditangkap basah.
Disebabkan kejadian itu, saya agak trauma dan mengambil masa yang lama untuk membuka hati semula.
Hati saya mula terbuka untuk mencari jodoh apabila saya menyaksikan kematian emak kepada adik ipar saya. Ketika itu saya terfikir, umi saya tidak selamanya akan berada di sisi saya. Saya mahu umi melihat saya berkahwin sebelum dia menutup mata.
Saya mula berusaha mencari aplikasi mencari jodoh dan terlihat iklan TillJannah.my di Facebook. Pada awalnya saya ragu-ragu untuk membuka akaun premium, tetapi hati saya berbisik, sekurang-kurangnya saya sudah mencuba, selebihnya biarlah Allah menentukan.
Ketika saya mula membuka akaun di TillJannah.my, ramai yang menghulurkan salam perkenalan. Namun, hati saya segera tertarik kepada seorang lelaki bernama Naimuddin. Dia bukan sekadar memperkenalkan diri, tetapi berkongsi kisah hidupnya dengan jujur, terbuka dan penuh kesungguhan. Setiap kata darinya membuat saya ingin mengenalinya dengan lebih dekat.
Tidak lama kemudian, dia membuat keputusan yang mengharukan hati saya — bertemu saya sehari sebelum Raya Haji 2024. Bayangkan, dia memandu dari Dungun ke Hulu Langat semata-mata untuk bertemu saya, walaupun ketika itu dia sedang bekerja di Dungun selama tiga bulan. Demi pertemuan itu, dia sanggup memohon cuti daripada pengurusnya. Usahanya yang penuh pengorbanan itu membuat saya tersentuh dan menghargai setiap detik yang kami lalui bersama.
Kami bertemu di pekarangan rumah saya, di pondok yang kami gelar “One Piece”. Dia gementar, sedikit malu, namun keikhlasannya terpancar daripada setiap senyuman. Di situ, kami mula mengenali hati budi masing-masing. Saya melihatnya sebagai lelaki yang rajin, bertanggungjawab dan bijak mengurus kewangan. Dia tiada hutang selain hutang pelajaran, malah telah memiliki beberapa aset sendiri — sifat yang selama ini saya impikan dalam seorang bakal suami.
Dua bulan kemudian, dia datang bertemu keluarga saya untuk membawa hubungan kami ke tahap yang lebih serius. Namun, keluarga saya pada awalnya agak keberatan, terutama kakak saya. Alasan mereka adalah kerana pekerjaan Naimuddin berada di sektor konvensional. Mereka berpegang teguh kepada prinsip bahawa untuk memulakan keluarga, rezeki mesti diperoleh daripada sumber yang halal, berkat dan bersih — bukan sekadar pekerjaan semata-mata.
Namun, cintanya kepada saya begitu kuat. Dia sanggup menukar pekerjaan walaupun pendapatannya lebih kecil, semata-mata demi kami bersatu. Pengorbanan ini akan saya simpan dalam hati selamanya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami diijabkabulkan pada 26 April 2025 dan bersanding pada 2 Jun 2025.
Kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk menyertai TillJannah.my, platform ini sangat dipercayai dan telah banyak membantu pasangan bertemu jodoh. Lihatlah sendiri banyak kisah cinta yang telah dikongsikan.
Bagi yang mencari jodoh melalui TillJannah.my, tapis dahulu calon-calon yang sesuai dengan keinginan anda. Contohnya, jika anda ingin pasangan yang sekufu dari segi pelajaran, pastikan anda meneliti profil mereka. Fahami juga keinginan mereka dan lihat sama ada anda mampu merealisasikannya — contohnya jika mereka menginginkan bakal isteri yang pandai memasak.
Daripada kami, semoga TillJannah.my terus menjadi jambatan bagi pasangan membina masjid dan kehidupan yang bahagia bersama.