Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Rosdi & Rohaida
2 Jan 2026
12 Rejab 1447
Hari Jumaat pertama tahun 2026...
Jumaat selepas asar secara rasminya saya zaujah Mohd Rosdi Bin Ismail...
Alhamdulillah...
Ada ketentuan yg tertulis dan takdir terlukis...
Sakinah, Mawaddah wa rahmah...
Mengenang kembali detik² perkenalan kami di platform Tilljannah.my ini apabila suami saya yang mula menghulurkan salam perkenalan pada 11 Mei 2024 pada jam lebih kurang 11 malam...
Ketika itu saya baru seminggu mengaktifkan semula akaun ni setelah lebih kurang 3 tahun tidak aktif... Malam tu kami terus bertukar nombor contact... Pada keesokkan paginya suami saya mula menegur di aplikasi WhatsApp & terus ajak berjumpa pada petang tu jugak kerana kebetulan kami tinggal berdekatan saja... Dan saya bersetuju dgn pelawaannya utk bertemu di Old Town White Coffee di dalam pasaraya C-Mart. Setelah beberapa jam berbual kami pun beredar meninggalkan lokasi pertemuan tersebut...
Pada keesokkan paginya saya telah mendapat mesej dari WhatsApp yg suami saya telah menzahirkan hasratnya utk meneruskan hubungan ni dgn lebih serius & meminta tempoh perkenalan selama setahun... Suami jugak memberikan sekeping gambar beliau bersama anak perempuannya yg berusia 16 tahun pada ketika itu... Dan saya terus bersetuju dengan hasrat suami kerana saya nampak kesungguhannya di situ...
Sebelum ni pernah jugak kenal dengan seseorang di platform ini tapi saya nampak dia macam tak bersungguh bila berbicara soal kahwin, dan paling penting tiada jodoh antara kami..
Setelah setahun tempoh perkenalan yg dijanjikan kami mula menyusun hubungan kami untuk ke peringkat seterusnya... Suami saya bersetuju untuk bertemu dengan keluarga saya pada peringkat awal... Alhamdulillah keluarga saya tiada halangan dengan hubungan kami... Kemudian kami memilih tarikh 15 September 2025 untuk bertunang, nikah 2 January 2026 & sanding pada 3 January 2026...
Alhamdulillah kini usia perkahwinan kami telah pun masuk sebulan... Semoga hubungan kami berkekalan hingga ke jannah...