Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Nazrin & Siti Syazwani

Assalamualaikum buat semua rakan dan terima kasih pada TillJannah.my yang buat platform cari jodoh ni...Nama saya Nazrin dan saya telah lafazkan akad nikah pada isteri saya namanya Siti Syazwani...

Kami mula berkenalan di TillJannah.my pada bulan februari 2024 dan salam perkenalan bermula dari saya... Agak sukar juga pada mulanya nak berkenalan sebab pasangan saya menggunakan pakej percuma dan saya berbayar dan mesej agak terhad jadinya saya mengambil langkah untuk menghantar nombor telefon saya 1 per 1, berkat kesabaran saya menunggu akhirnya dapat berkenalan lebih jauh di luar platform TillJannah.my, perkenalan kami mengambil masa setahun sebabnya kami nak mengenali hati budi masing dalam masa sama saya menyakinkan pasangan saya yang saya ikhlas nak berkenalan...

Dalam masa setahun kami ada berjumpa buat pertama kali untuk melihat diri masing-masing dan perjumpaan kami di kedai makan, tujuan kami berjumpa adalah nak memastikan hajat di hati untuk meneruskan taaruf ini,selain itu kami telah memberi tahu keluarga kami atas pilihan hati ini dan tiada paksaan mana-mana pihak dan akhirnya hubungan kami direstui keluarga...

Selepas dapat persetujuan kedua belah pihak kami meneruskan taaruf ini dengan ikatan pertunangan pada 9.2.2025 dan akhirnya pada 2.11.2025 kami telah di ijabkabulkan dalam suasana yang sederhana dan meriah...

Akhir kata dari saya nak ucapkan terima kasih pada pihak TillJannah.my kerana menyediakan platform ini, platform yang di sediakan ini asbab saya bertemu jodoh saya, pada rakan yang masih mencari jodoh teruskan usaha jangan putus asa mungkin jodoh anda dalam ni, kita usaha selebihnya serahkan pada Allah... Semoga dipermudahkan segala urusan... Aamiin...
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh