Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Izzudin & Intan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami, Intan Liana Samsudin dan Muhammad Izzuddin bin Azman, ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas izin dan rahmat-Nya, kerana telah mempertemukan kami melalui platform TillJannah.my sehingga akhirnya kami sah bergelar suami isteri.
Kisah ini bermula apabila saya pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada awal bulan Disember 2024. Kepulangan tersebut memberi ruang untuk saya bermuhasabah diri, memperbaharui niat dan memohon petunjuk Allah dalam urusan jodoh. Tidak lama selepas itu, saya mengambil keputusan untuk mencari satu medium yang selamat, beradab dan terarah bagi memperluaskan kenalan dalam usaha mencari pasangan hidup.
Atas carian dan pertimbangan sendiri, saya memilih untuk menyertai TillJannah.my. Langkah pertama bermula apabila saya menegur suami melalui platform tersebut pada 23 Disember 2024. Perbualan awal berlangsung secara ringkas dan sopan sebelum kami beralih berkomunikasi melalui WhatsApp pada 27 Disember 2024.
Hasil daripada beberapa perbualan awal, kami mendapati bahawa niat dan matlamat kami adalah seiring. Maka, kami mengambil keputusan untuk bertemu secara bersemuka buat kali pertama di Putrajaya pada 5 Januari 2025. Sejak awal, kami bersetuju untuk saling mengenali berpandukan garis panduan dan senarai semak tertentu sebagai asas dalam memahami latar belakang, prinsip hidup serta nilai masing-masing.
Dalam proses ini, kami juga menetapkan pendekatan untuk berkomunikasi dan bertemu secara bersemuka setiap dua minggu, agar perkenalan dapat dibina secara realistik, matang dan beradab. Sepanjang bulan Ramadan, kami banyak berbincang secara jujur tentang hala tuju hubungan dan kesediaan masing-masing untuk melangkah ke arah perkahwinan.
Pada Hari Raya, suami hadir bertemu ibu bapa saya sebagai tetamu, dan saya juga melakukan perkara yang sama dengan berkunjung ke rumah ibu bapa suami. Langkah ini membuka ruang kepada perbincangan yang lebih serius antara kedua-dua keluarga. Tidak lama kemudian, kami mengadakan pertemuan kedua bersama ibu bapa saya bagi membincangkan hal berkaitan hantaran serta tarikh-tarikh penting yang telah dipersetujui bersama.
Dengan izin Allah SWT, kami mengambil keputusan untuk bertunang pada 19 Oktober 2025, seterusnya bernikah pada 21 Disember 2025, dan majlis bertandang diadakan pada 28 Disember 2025. Kami amat bersyukur atas segala kebaikan yang telah dikurniakan oleh Ar-Rahman, dan kami juga berazam untuk terus berusaha mengejar cinta Ar-Rahim demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk menyertai TillJannah.my, kami ingin berpesan bahawa jodoh itu adalah rahsia Allah, namun usaha adalah tanggungjawab kita. Platform ini bukan sekadar tempat mencari pasangan, tetapi juga ruang untuk mengenal dan memperbaiki diri.
Buat ahli TillJannah.my yang masih belum bertemu jodoh, jangan berputus asa. Perbetulkan niat, jaga adab, dan percayalah bahawa Allah akan menghadirkan insan yang tepat pada waktu yang paling sesuai.
Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih kepada TillJannah.my kerana menjadi asbab pertemuan kami. Semoga platform ini terus menjadi jambatan kepada lebih ramai pasangan untuk melangkah ke alam perkahwinan dan akhirnya, till jannah.
Alhamdulillah.
Ikhlas,
Intan & Izzuddin
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh