Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Nizam & Sofiah

Assalamualaikum semua..

Nama saya Nizam..Alhamdulillah dan terima kasih kepada Tilljannah.my kerana telah membuka jalan taaruf antara saya dan isteri saya (Sofiah) dan menamatkan zaman duda dua anak lelaki setelah kematian isteri akibat kanser pada Julai 2024. Kami mula berkenalan di Tilljannah.my pada Disember 2024 dengan salam perkenalan dimulakan oleh isteri.

Alhamdulillah, Februari 2025 mendapat respon positif dari dia yang mula sibuk bertugas sebagai guru di sekolah menengah, Saya bekerja sebagai juruteknik. Pada awal perkenalan, kami menganggap perkenalan ini sebagai sahabat baik. Pernah jugak dia mengesyaki saya adalah seorang scammer masa tu saya merasakan seperti dalam sesi temuduga kerana hanya dia yang bertanyakan soalan. Setiap persoalan dia saya jawab dengan tenang dan meyakinkan. Setelah hampir sebulan, berkat kesabaran dan hujah yang meyakinkan dari saya, saya berjaya mengubah ketegasan dia menjadi sesuatu yang lebih santai dalam berbicara. Malah Mac 2025, saya memberanikan berjumpa buat kali pertama dengannya di Seremban setelah dia habis tugas sebagai Penyelaras Program Lawatan sekolah beliau.

Selepas lebih kurang dua bulan kami berkenalan, kami telah berjumpa bersama anak saya semasa rumah terbuka di hari raya pertama dan telah mengenali keluarganya. Alhamdulillah setelah berjumpa, hati kami masih teguh berpendirian untuk meneruskan taaruf ini..Orang tua beliau juga memudahkan urusan kami dengan merestui kami di Hari Raya Aidiladha.

Walaupun kedua belah pihak telah bersetuju, taaruf ini masih mengikut adat dengan dimulai dengan merisik pada Jun 2025 dan akhirnya pada Oktober lalu kami telah diijabkabulkan. Alhamdulillah rezeki perkahwinan ini juga, isteri saya telah bertukar dan mendapat penempatan di sekolah menengah anak saya.

Akhir kata saya mengucapkan terima kasih sekali lagi pada pihak Tilljannah.my kerana menyediakan platform seperti ini. Asbab adanya Tilljannah.my ni saya telah bertemu dengan jodoh saya. Kepada yang masih mencari, teruskan usaha anda..Mungkin jodoh anda ada di dalam tilljannah ni. Mudah-mudahan dipertemukan apa yang dicari..Amiin..
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh