Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Mahzuz & Irdina
Assalamualaikum, saya Irdina dan suami saya Mahzuz, yang bekerja dalam bidang logistik Saya pula bekerja sebagai host live . Kami dipertemukan melalui platform TillJannah.my, sebuah platform yang menemukan kami dalam masa yang tidak disangka tetapi penuh hikmah.
Sebelum ini, perjalanan saya dalam mencari jodoh bukanlah mudah. Ruang perkenalan yang sangat terhad membuatkan saya sukar mengenali orang baru. Saya juga pernah melalui pengalaman hubungan yang tidak menjadi, menyebabkan saya lebih berhati-hati dan takut untuk membuka hati. Kadang-kadang terasa seperti hanya bertemu dengan orang yang tidak serius atau sekadar “test market”, hingga hampir berputus asa dalam mencari jodoh.
Namun, pada 12 Disember 2025, saya membuat keputusan untuk mencuba nasib dengan menyertai TillJannah.my. Niat saya ketika itu hanyalah untuk berkenalan secara baik dan jika ada jodoh, saya serahkan kepada ketentuan Allah.
Perkenalan kami bermula melalui konsep ta’aruf di TillJannah.my. Dari awal perbualan, saya dapat merasakan kesungguhan suami saya. Cara dia berkomunikasi sangat matang, jelas dengan tujuan untuk berkahwin dan tidak meleret atau bermain-main. Dari situ, saya mula terbuka hati untuk mengenali dia dengan lebih dekat.
Pada 4 Januari 2026, kami mengambil langkah untuk berjumpa secara bersemuka di sebuah mall bagi sesi perkenalan yang lebih mendalam. Pertemuan tersebut berjalan dengan baik dan memberi keyakinan kepada kami untuk meneruskan hubungan ke peringkat yang lebih serius.
Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Pada 12 April 2026, kami selamat bertunang dan merisik antara kedua-dua keluarga. Walaupun tempoh perkenalan kami agak singkat, terdapat cabaran dari segi masa untuk membuat persiapan dan menyesuaikan diri, namun kami hadapi dengan komunikasi yang baik dan kepercayaan antara satu sama lain.
Akhirnya pada hari Jumaat, 1 Mei 2026 jam 3 petang, kami selamat disatukan sebagai suami isteri. Segala yang berlaku terasa sangat cepat, namun kami yakin ini adalah aturan yang terbaik daripada Allah SWT.
Pesanan saya kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk menyertai TillJannah.my, jangan takut untuk mencuba. Kadang-kadang jodoh hadir melalui cara yang kita tidak jangka. Yang penting, betulkan niat dan sentiasa menjaga batas dalam perkenalan.
Buat ahli TillJannah.my yang masih belum bertemu jodoh, jangan berputus asa. Setiap orang mempunyai waktu yang berbeza. Teruskan berdoa, perbaiki diri dan yakin bahawa Allah sedang mengatur yang terbaik untuk kita.
Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada pihak TillJannah.my kerana menjadi asbab pertemuan kami. Semoga lebih ramai dipertemukan dengan jodoh yang baik dan menuju ke arah perkahwinan yang diberkati.