Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Mutalib & Sofia

Assalamualaikum, nama saya sofia bekerja sebagai guru kafa dan suami abdul mutalib bekerja sebagai petani di pekan pahang. Saya mula mendaftar untuk menyertai portal Tilljannah.my pada tahun 202, saya tahu kewujudan platform ini daripada aplikasi facabook yang mana saya melihat banyak yang memberi respon positif. Pada awalnya saya masih ragu kerana perkenalan hanya diatas talian tetapi saya teruskan juga kerana ingin mencuba dan selebihnya hanya berserah .

Saya juga ada memperkenalkan platform Tilljannah.my ini kepada rakan sekerja yang juga sedang mencari jodoh. Saya berani memperkenalkan kerana platform ini patuh syariah.

Suami pula berdaftar lebih awal daripada saya, katanya setelah mencuba pelbagai platform hanya Tilljannah.my yang boleh dipercayai selepas membaca banyak komen yang positif.

Pada awalnya untuk mendapatkan perkenalan yang serius sebagai calon suami bukanlah mudah. Ini kerana perkenalan diatas talian akan membuat kita syak wasangka dan situasi yang menghadkan penilaian kita.

Perkenalan saya dan suami bermula apabila suami menghantar mesej ke akaun saya, pada awalnya saya tidak merespon mesej tersebut tetapi suami tidak putus asa dan masih ingin berkenalan dengan saya. Selepas beberapa hari barulah kami berkongsi nombor telefon dan selang beberapa bulan perkenalan, suami ingin ke rumah untuk berjumpa emak dan ayah dan terus menyatakan hasratnya ingin menjadikan saya sebagai isteri. Dengan perkara ini saya dapat melihat keikhlasan suami untuk kearah yang lebih serius .

Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan kami dan kami bertunang pada 31 ogos 2023 dan kami meneruskan perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada 13 april 2024. Dan alhamdulillah segalanya dipermudahkan .

Pesanan saya kepada yang sedang mancari pasangan hidup, teruslah berusaha dan janganlah putus asa dan juga janganlah terburu - buru kerana kita ingin hidup bersama pasangan hingga ke syurga Allah. Ini kerana saya pernah berada di situasi dimana pihak lelaki tidak besungguh untuk menjadikan saya sebagai isteri. Teruslah berdoa dan jangan letakkan kriteria yang tidak munasabah kerana jika kriteria dunia yang ditetapkan ia akan membawa kepada niat yang tidak betul dalam tujuan kita mendirikan rumah tangga.

Saya mendoakan semoga calon yang masih mencari, menemui jodoh yang terbaik. Doakan juga rumah tangga yang kami bina dilimpahi rahmat Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta kekal bahagia hingga ke syurga Allah . Amin Ya Allah
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh