Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Firdaus & Nagihah

Assalamualaikum, saya Nagihah dan pasangan Mohd firdaus. Ini kisah kami yang bertemu jodoh melalui Tilljannah.my.

Alhamdulillah Allah buka hati saya untuk mencuba nasib di Tilljannah.my pada tahun 2023. Pada mulanya terbuka hati disebabkan rakan baik saya sendiri bertemu jodohnya di Tilljannah.my, jadi saya tergerak hati untuk mencuba nasib juga selepas setahun rakan baik saya mendirikan rumahtangganya.
Keputusan di ambil juga kerana memikirkan faktor umur, kesibukan dan kecilnya ruang perkenalan dengan lawan jenis. Pernah memberanikan diri untuk mengenali lelaki sekerja tapi jika bukan jodohnya maka bernoktah di situ sahaja.

Saya bekerja sebagai pegawai perubatan dan pasangan saya seorang penyelia.
Pada awalnya, saya hanya aktif di portal till jannah selepas 2 minggu mendaftar kerana masih ragu-ragu untuk mencuba.
Hati terbuka untuk membalas mesejnya disebabkan dia tetap terus memulakan perbualan walaupun saya tak membalas mesejnya. Ada sedikit kesungguhan yang saya lihat di situ untuk usahanya.

Sememangnya keraguan sentiasa ada sepanjang perkenalan tetapi Allah mudahkan segala urusan. Saya bawa jumpa orang tua dulu dan selepas ibu setuju dan memberi restu barulah saya betul - betul buka hati untuk mengenali dirinya.
Ada beberapa perkara yang terjadi membuatkan tercetusnya rasa sayang dan suka sepanjang perkenalan kami.
Perkenalan selama hampir 6 bulan sehinggalah bernikah pada februari 2024.
Persiapan majlis kami tersangatlah dipermudahkan. Bersyukur sangat dan itu menjadi titik tolak juga saya yakin dia jodoh saya.

Buat mereka yang masih ragu-ragu dan sedang berusaha, tak salah untuk mencubakan? Kita tak kan pernah tahu siapa, bagaimana, dimana jodoh kita kan? Kita doa dan usahakan yang terbaik dan Tilljannah.my salah satu antara banyak usaha yang ada.

Terima kasih untuk team Tilljannah.my menyediakan platform ini. Bagi mereka yang masih belum berjumpa lagi si dia, teruskan mencari, akan tiba waktu yang mmg tepat Allah dah tetapkan. Yakin dan jangan terlalu pressure urusan jodoh. Serahkan padanya dan teruskan berdoa agar dapat yang terbaik. Sekian terima kasih.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh