Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Safaril & Izzatul

Assalamualaikum. Nama saya Izatul Idayu dan juga pasangan Safaril Mohd Yusoff. Alhamdulillah dengan TillJannah.my kami dapat berkenalan dengan izin Allah.

Bab jodoh saya tidak kisah. Tapi dalam hati teringinlah juga berkahwin. Disebabkan opah selalu bertanya bila cucunya nak kahwin, dan kerana mak saya anak tunggal. Jadi dia teringin sangat kami adik beradik berkahwin. Saya juga pernah gagal dalam percintaan sehinggakan saya nekat untuk mencari jodoh dalam TillJannah.my.

Ikutkan dari zaman sekolah dah tahu pasal TillJannah.my ni, tapi sebab nak cari sendiri kita abaikan saja. Sehinggalah ada satu hari, pada 29hb Mac 2022 saya berdaftar TillJannah.my. Tapi saya bermula mencari pada 1 April 2022. Saya merasakan TillJannah.my ni best, sangat bagus, apps yg patuh syariah. Saya jadi suka.

Saya bermula chat dengan pasangan pada 1hb Mei 2022 . Saya ingat lagi malam tu pengumuman raya terkejut tu. Haa itu. Bermula dia chat saya. Saya balas dan kami berkenalan rapat sangat sekejap. Tiga hari kemudian buat keputusan untuk berjumpa. Setelah bersemuka dan berkenalan dengan lebih lanjut, saya putuskan nak bawak dia berjumpa mak ayah pada 10hb Mei 2022.

Perkenalan dirasakan sangat sekejap. Saya tak pasti kenapa dan bukanlah asbah terburu-buru ke apa. Pada 6hb Jun 2022 family putuskan untuk bertunang dan terus tetapkan tarikh nikah/hantaran dan sebagainya. Kami telah diijab kabul kan pada 14hb Julai 2022.
Bila dikira, 74 hari sahaja perkenalan kami tapi Alhamdulillah semuanya sangat mudah.

Bila dah berkahwin baru saya tahu kenapa opah saya nak sangat saya kahwin. Sebulan selepas itu, opah saya telah pergi meninggalkan saya. Merasalah opah tengok saya kahwin. Indah sungguh percaturan Allah.

Yang mana belum ada jodoh. jangan risau. Join TillJannah.my. Ada rezeki dan Allah berkehendak jodoh di TillJannah.my,, maka bertemulah di TillJannah.my.  Memang best korang.

Semoga TillJannah.my kekal dan terus membantu org yang mencari jodoh. Dengan cara mudah tetapi patut syariah. Bertaaruf lebih baik .

Terima kasih. Assalamualaikum
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh