Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Hazman & Safura
Nama saya Safura, 26 dan suami Hazman, 29. Ketika berkenalan, saya bekerja sebagai Pembantu Farmasi dan suami ialah Executive MIS di 99speedmart.
Semasa saya menyertai TillJannah, dalam hati memang berniat untuk berkahwin kerana sebelum ini telah berjumpa dengan seseorang tetapi menolak untuk berkahwin apabila diajak. Pada masa itu, rakan bilik saya menyuruh menyertai TillJannah kerana dia mahu saya mencari pengganti yang lebih baik dan serius. Maka, saya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan itu. Pada pasa masa yang sama, di pihak suami saya pula, keluarganya sudah menyuruh dia untuk berkahwin tetapi suami pada masa itu masih belum mempunyai calon.
Alhamduillah, dengan izin Allah, terdetik si suami untuk menghantar kiriman salam kepada saya pada bulan Oktober 2021 dan saya menerimanya kerana di profilnya, dia menyatakan ciri-ciri yang ada padanya dan ciri-ciri wanita diinginkan. Kami memulakan taaruf dengan baik dan masing2 bertanyakan soalan yang serius dan jawapan yang diberikan untuk persoalan saya dijawab baik oleh suami dan sebaliknya juga. Selepas 2 bulan berkenalan, si suami tidak mengambil masa yang lama ingin berjumpa dan mengenali belah keluarga saya untuk meneruskan fasa merisik dan sekaligus bertunang pada Hari Krismas 2021. Segala proses persiapan dari kursus kahwin sehingga ke hari pertunangan kami semuaanya berjalan dengan lancar dan memberikan keyakinan kepada kami untuk meneruskan tanpa ragu untuk berkahwin pada 19/2/2022 dengan hanya berkenalan selama 4 bulan.
Pesanan kepada yang serius mencari pasangan, jangan risau untuk menyertai TillJannah kerana majoriti yang berdaftar adalah sah dan bersedia untuk berkahwin. Seterusnya, tips untuk mereka yang dah menyertai TillJannah tetapi masih belum berjumpa jodoh, bersikaplah jujur dan memudahkan semasa taaruf supaya masa tak terbuang lama disitu.
Akhir sekali, ucapan kami kepada yang masing mencari jodoh, jangan mudah putus asa dan teruskan berdoa dan mencari. Jadikan TillJannah sebagai salahsatu jalan untuk bertemu jodoh anda.