Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Azlan & Hajar

Assalamualaikum . Nama diberi Siti Hajar Binti Zolkepli. Nama suami saya pulak Azlan Shah Bin Jaafar.

Actually saya dah join TillJannah.my dari 2020. Usaha ni cari hampir setahun sebab dulu ada langganan sampai setahun dan akhir sekali tak jumpa. Lepas tu rehat dari cari jodoh, bukan lah rehat, tapi ada cuba di platform lain. Pelbagai platform dan akhirnya pada Februari 2024, saya join balik TillJannah.my dan langgan premium selama 6 bulan.

Saya pertama kali mesej dengan suami pada bulan Ogos 2024 ketika hampir nak tamat langganan premium. Saya pun macam dah sedih dan nak surrender. Yerlah dah cuba kali kedua ni di TillJannah.my. Hampir nak putus asa dan tak nak teruskan pencarian jodoh.
Ok berbalik kepada cerita suami dan saya. Lepas seminggu mesej dalam aplikasi, kami pun bertukar nombor telefon. Saya terdetik nak kenal rapat sebab saya rasa setiap orang yang datang tu ada chance untuk jadi suami saya. Kalau saya tak cuba, melepas lah saya. Suami pun bersungguh time tu, saya pun double bersungguhlah.

Proses kenal rapat kami… Saya rasa lepas bertukar nombor telefon tu memang terus rapat. Apa orang cakap, gear 5 terus dan Takde nak bertangguh. Lagi 1 mungkin sebab rasa komunikasi tu 2 hala. Saya tanya dan suami pun tanya banyak time tu. Lepas tu ada call ada Video call dan paling segan , saya lah segan, suami mesej gambar saya Salam group WhatsApp family dia cakap saya ni calon isteri dia. Saya dalam hati wahhhh betul-betul ni laki ni nak kahwin. Ini Kali lah. Haha. Tak cukup dengan tu, ada call dengan ayah mertua dan bakal adik ipar saya time tu. 2 2 pun speechless tak tau nak cakap apa. Terkejut dan tak percaya mungkin. Lepas tu saya pulak call dan video call kan mak ayah saya dengan suami saya.
Cabaran yang saya ingat time tu, ayah saya macam tak bagi saya kahwin dengan suami saya. Dia bukan lah tak bagi. Bahasa dia mungkin sebab dia tak pernah jumpa suami saya time tu lepas tu yerlah nak bagi lepas anak ikut laki tu ke Sabah pulak. Jauh pulak dari dia. Risau lah ayah tu. Tapi saya baru tahu yang ayah saya begitu kasih dan sayang kepada saya ni. Terima kasih ayah.
Ok lepas tu dalam bulan 9 kot, kami isi borang kahwin. Bulan 10 pulak family suami saya datang jumpa family saya. Terharu sungguh yerlah datang jauh dari Sabah nak jumpa kita ni nak dijadikan isteri dia. Time tu pun ada cabaran dengan adik-adik dia pulak. Bab tarikh nikah and kenduri pulak. Kita ni excited kan🤣🤣🤣. Kita kalau boleh masa family dia datang tu nak terus nikah esoknya . Hahaha. Tapi setelah berbincang dan berdamai, akhirnya kami bersetuju untuk disatukan pada tanggal 11 January 2025. Kami nikah dan sanding pada hari yang sama. Nak cerita jugak masa bulan 11, saya pula pergi ke Sabah dengan 2 orang kawan saya untuk tengok tempat suami dan jumpa mak dan ayah mertua serta family suami.
Syukur Alhamdulillah Allah sangat permudahkan urusan dari berkenalan, isi borang, jumpa family masing-masing, sampailah ke hari pernikahan. Terima kasih Allah, mak ayah, family dan semua kawan-kawan serta paling penting pihak TillJannah.my yang telah menjadi saksi kami disatukan. Terima kasih banyak-banyak.

Saya bagi lagu. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. 🎵🎶Tiada keraguan jika ada kesungguhan. Di mana ada kemahuan, di situ pasti Allah lorong kan jalan untuk kita. It’s now or never. Best weyh kahwin ni. Sangat best sangat fulfilling. Buat bende sume dapat pahala. ☺️😍

Lakukan sekarang korang. Bagi Salam dan memulakan perkenalan. Jangan tunggu jangan segan jangan malu. Rugi kalau malu ditempat yang tak patut malu. Hehe. Buat sungguh-sungguh dan doa sungguh-sungguh. Usaha dan doa seiring. Bukan doa tanpa usaha yer.

Semoga TillJannah.my terus sukses dan menjadi asbab pertemuan pasangan-pasangan di Malaysia. Sekian dari saya . Terima kasih dan Assalamualaikum.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh