Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Hamdan & Ummi

Assalamualaikum, para pembaca TillJannah.my semua.

Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri saya Ummi Afifah Nabilah Binti Zailani berumur 24 tahun. Ingin berkongsikan cerita tentang diri saya. Dahulunya saya bekerja sendiri. Sejak dah berumah tangga, kini saya menjadi suri rumah & suri hati sepenuh masa kepada suami saya.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kepada TillJannah.my kerana dengan TillJannah.my ini lah dapat mempertemukan saya dengan suami saya iaitu Mohamad Hamdan Bin Azlan berumur 25 tahun. Suami saya bekerja sendiri.

Tujuan saya menyertai TillJannah.my ni, saya ingin berkenalan dengan orang-orang baru untuk melengkapkan hidup saya. Saya juga usaha dan tawakal, jika ada jodoh saya dalam ni alhamdullillah. Saya tertarik untuk sertai TillJannah.my ni apabila saya ternampak di Instagram. Mula-mula rasa biasa-biasa saja, tapi bila tengok ramai yang berjaya dapat jodoh dalam TillJannah.my. Saya mula tertarik dan berminat untuk sertai. Mana tahu ada jodoh tengah menunggu saya dalam tuu. Lepas daripada itu,saya terus sertai & melihat serta baca maklumat profil calon-calon dalam tu. Ehh macam menarik juga TillJannah.my ni, setiap masa rasa nak buka. Dan di dalam TillJannah.my, ramai juga yang saya kenal.

Saya juga ada kisah hitam yang saya tidak dapat dilupakan. Saya mempunyai pengalaman hubungan cinta yang hampir 6 tahun tetapi putus di tengah jalan. Lepas daripada itu, saya rasa sunyi & sedih berpanjangan. Saya menganggap mungkin ada jodoh yang terbaik untuk saya selepas ni. Pada 16.10.2022, saya sertai TillJannah.my ni, saya mula rasa seronok bila pertama kali sertai kerana banyak orang-orang yang boleh untuk kita kenal. TillJannah.my sangat menjaga privasi dan saya suka. Sebelum ini banyak juga app yang saya sertai, tetapi TillJannah.my ni juga la terpikat di hati saya.

Selain itu, ada 3 orang yang saya sedang kenal dan kerap bermesej dalam TillJannah.my. Tapi antara semua, ada seorang yang paling membuatkan saya rasa selesa sangat berkawan dengan dia, iaitu suami saya sekarang. Setiap hari boleh dikatakan kami chat, pagi petang siang malam. Tapi jujur saya ckp banyak-banyak dalam tu, dia seorang ja.membuatkan saya rasa nak kenal lagi lebih dalam. Kami mula chat pada 19.10.2022 , hari-hari berbalas chat dengan dia. Kadang-kadang macam tak sabar nak tunggu chat dia masuk. Dan keesokan harinya, kami mula bertukar nombor & meneruskan perkenalan di WhatsApp..

Mula-mula rasa macam takut nak berkenalan dengan lelaki lain sebab saya trauma dengan kisah cinta saya sebelum ini. Tetapi dia telah membuatkan saya rasa ingin bercinta kembali & alhamdullillah saya terbuka hati untuk menerima orang baru dalam hidup saya. Kami pun mula WhatsApp dan dia minta gambar saya serta gambar keluarga untuk tengok. Saya pun hantar dan saya pun mintak juga untuk tengok gambar keluarga si dia. Mana tahu boleh berkenalan dengan lebih rapat.

Seminggu selepas itu, dia nak datang Kedah untuk memancing. Saya pula tinggal tak jauh mana dari tempat dia memancing. Ehh macam kebetulan pula. Dan dia beritahu nak datang rumah. Dia dari Sungkai, Perak datang ke Pendang. Setelah dia sampai dirumah, kali pertama kami berjumpa bertentangan mata dan dia datang ke rumah berjumpa dengan mak ayah dan keluarga saya. Dia juga berbincang dengan mak ayah saya dan bercerita tentang kami.

Pada tarikh 29.10.2022, dia datang lagi kali kedua untuk membeli cincin. Dia datang drive seorang dari Perak ke Kedah. Kami pun ke Alor Setar bersama mak dan ayah membeli cincin tunang kami. Alhamdullillah, dalam 2 minggu selepas itu, kami melangsungkan majlis pertunangan kami pada 19.11.2022 sehari lepas mengundi. Ingat lagi ketika itu, dua-dua jari ada dakwat yang mengundi. Alhamdullillah, smuanya berjalan dengan lancar..

Pada tanggal 22.1.2023, alhamdullillah kami sah sebagai suami isteri. Dan saya rasa tenang bila dengan dia. Alhamdullillah, Allah permudahkan segala urusan kami dari mula perkenalan sehinggalah nikah .Semua dipermudahkan. Betul la orang cakap, Allah nak ganti orang lebih baik untuk kita dan saya percaya itu. Dapat suami yang sangat baik. Perkenalan yang sangat singkat, tahu-tahu dah kahwin. Dan 22.1.2024 ini, genaplah setahun usia perkahwinan kami dan.doakan kami supaya dapat zuriat yang soleh dan solehah.

Pesanan saya kepada mereka yang belum sertai TillJannah.my, korang perlu cuba jangan rasa malu & rasa ragu-ragu tetapi percayalah usaha, doa dan tawakal. Kita tak tahu, jodoh kita sedang menunggu. Usaha ja dan saya juga suggest dekat family, kawan-kawan yang masih single. Best tau, belum cuba belum tahu. Sepupu suami saya pun join juga TillJannah.my & alhamdullillah dia pun selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya yang kenal dalam TillJannah.my ini.

Tips yang saya nak kongsikan, jangan ragu-ragu untuk mencuba. Tak kenal maka tak cinta. Untuk calon-calon di luar sana yang ingin mencuba silalah sertai. Banyak manfaat yang kita dapat. Dan dapat mengeratkan silaturahim sesama muslim. Kepada pihak TillJannah.my, saya amat kagum kerana adanya portal ini. Ramai orang dapat mencari jodoh mereka. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TillJannah.my kerana dengan adanya platform ini saya berpeluang untuk menyertai portal seperti ini. Kekalkan portal ini smpai bila-bila.

Terima kasih juga kepada yang sudi membaca kisah kami & doakan kami berbahagia hingga ke anak cucu.

Sekian, terima kasih.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh