Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Gunawan & Ismanurul

Assalamualaikum wbt..nama saya Gunawan.. Ahamdulillah dan terima kasih kepada TillJannah kerana telah membuka ruang untuk saya bertaaruf dengan isteri saya, Ismanurul sehingga akhirnya kami disatukan dalam satu majlis ijab qabul.

Saya mula menyertai TillJannah pada pertengahan November 2022, dan mula berkenalan dengan isteri saya.
Salam perkenalan saya mulakan, dan alhamdulillah mendapat respon positif dari si dia.

Rasa ragu-ragu awal tu memang ada.. kami cuma bertawakal moga-moga pencarian kali ni berjaya... Akhirnya Bismillah menjadi Alhamdulillah..

Isteri mula gunakan TillJannah selepas percubaannya untuk bertaaruf menggunakan laman cari jodoh yang lain tidak berjaya. Jadi dia mula fokus menggunakan TillJannah dan akhirnya berjumpa dengan saya sampai la ke jenjang pelamin

Di awal perkenalan, banyak yang ditanyakan pada saya.. dia kelihatan sangat berhati-hati semasa bertaaruf dengan saya.
Mungkin kerana pernah dipermainkan sebelum ini. Setiap persoalannya saya jawab dengan jujur dan tenang. Dua minggu berkenalan di TillJannah, perbualan kami menjadi lebih santai.

Pada tanggal 11/12, kami telah berjumpa buat kali pertama di sebuah kedai makan dan sarapan bersama. Alhamdulillah setelah berjumpa, hati kami masih teguh berpendirian untuk meneruskan taaruf ini. Kedua ibu kami juga merestui perkenalan kami ini.

Pada 16 julai 2023, kami telah mengikat tali pertunangan dan akhirnya pada 1/12/2023 kami telah selamat diijab qabulkan.

Akhir kata saya mengucapkan terima kasih sekali lagi pada pihak TillJannah kerana menyediakan platform seperti ini..asbab adanya TillJannah ni saya telah bertemu dengan jodoh saya..kepada yang masih mencari, teruskan usaha anda..mungkin jodoh anda ada di dalam TillJannah ni...mudah-mudahan dipertemukan apa yang dicari..Amiin.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh