Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Fakrul & Hasywini

Assalamualaikum para pembaca semua.

Saya Fakrul Azam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada TillJannah.my kerana telah menjadi asbab untuk saya dan suri hati saya Nur Hasywini bertemu. Walaupun kami berbeza negeri, saya di Kelantan isteri di Perak, namun jodoh Allah telah takdirkan sejak azali.

Kami mula kenal pada 22.09.2022 di portal ini. Saya yang menyapa isteri duhulu. Alhamdulillah respon baik dari dia kebetulan pula masing-masing memang serius mencari pasangan. Pada ketika itu saya masih lagi berada di Mesir dan telah pun menamatkan pengajian. Isteri saya berada di Malaysia dan sedang melanjutkan Diploma Pengajian Lepasan Ijazah (DPLI).

Pada 11.10.2022 saya berangkat tunaikan umrah. Saya berdoa dan memohon petunjuk dari Allah moga-moga dialah orangnya. Antara doa yang saya ulang-ulang di hadapan Kaabah dan Maqam Rasulullah S.A.W :

"Ya Allah, jika dia jodoh saya yang telah ditetapkan, lancarkan penyatuan kami. Jika bukan, pisahkan kami cara terbaik tanpa menyakiti hati mana-mana pihak."

Balik sahaja dari Mesir pada awal bulan 12, saya luahkan hasrat ingin berjumpa dengan ayah ibu isteri. Niat di hati taknak kenal anak orang lama-lama. Bulan 1 saya bertolak dari Kelantan ke Perak berjumpa dengan ayah ibu isteri. Alhamdulillah disambut baik dan terbuka. Saya sampaikan hasrat pada ibu ayah saya buat kali pertama untuk melamar isteri tapi ditolak atas alasan saya belum ada pekerjaan tetap. Waktu itu saya hanya penceramah bebas di masjid-masjid berdekatan rumah. Fresh graduate macam saya agak sukar untuk dapat pekerjaan.

Dari situ saya usaha cari kerja kosong di Selangor, Pahang, P. Pinang dan lain-lain tempat. Niat saya nak kumpul mas kawin dan halalkan isteri. Hasrat kali kedua untuk masuk merisik ibu ayah saya terima. Raya ke-3 saya bawa ibu ayah saya merisik isteri. Pertengahan bulan Mac saya dapat tawaran kerja sebagai warden sepenuh masa di sebuah sekolah tahfiz. Dengan gaji Rm1600 memang tak cukup untuk menyimpan. 3 bulan saya struggle cari jalan nak kumpul duit.

Sampai masuk bulan Jun, dapat kerja sebagai supervisor di sebuah company cleaning service. Memang lari bidang. Tapi kita kena hidup dengan realiti. Nak tak nak saya kuatkan semangat. Buat 2 kerja dalam 1 masa.

2 bulan saya menyimpan cukupkan mas kawin. Alhamdulillah dengan bantuan Allah. Duit mas kawin saya minta isteri simpankan dalam akaun bank dia, takdir Allah nak uji, isteri kena scam sebanyak 7k. Termasuk duit mas kawin. Terduduk saya waktu tu. Tapi saya yakin ini satu proses dewasa. Saya redha dan ikhlas. Semua dah booking. Photographer, pelamin, catering.

Asalnya kami nak buat majlis akad sahaja, tapi bila libatkan keluarga, ibu ayah isteri nekad nak buat majlis kesyukuran sekali. Alhamdulillah Allah permudahkan🤲🏻.

Pada 11.11.2023, kami disatukan. Alhamdulillah. Banyak lagi jerit perih yang kami lalui sebelum bersatu. Hanya pada Allah saya mengadu.

Nasihat saya kepada yang sedang mencari, perbaiki diri ke arah lebih baik. Jaga solat, banyakkan bersabar. Nak buat benda baik pasti akan diuji. Macam mana kita, macam itulah jodoh kita. Untuk para lelaki, buang sifat baran. Train ur mind untuk selalu jadi professional. Jangan libatkan emosi dalam apa jua ujian.

Jangan rasa ragu-ragu atau takut-takut nak cari jodoh di portal TilllJannah.my. Di sini indentiti kita tidak terdedah. Ikhtilat pun terjaga. Saya amat recommmend siapa nak cari jodoh untuk cari disini. 

Sekian.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh