Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Zahir & Saza

Assalamualaikum kepada semua,

Saya ingin berterima kasih kepada seluruh team TillJannah.my kerana mewujudkan aplikasi sehebat ini.

Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dan suami saya, Zahir telah berkahwin baru-baru ini. Aplikasi ini sangat-sangat membantu kami berdua dalam pelbagai aspek.

Suami saya seorang yang introvert manakala saya seorang guru tadika yang agak sibuk dan tidak mempunyai ramai kenalan lelaki. Maka, kami masing-masing menggunakan platform ini di awal tahun 2022.

Pada mulanya, saya hanya membuat akaun untuk mencuba nasib mencari jodoh, dan tidak lama kemudian mendapat notifikasi dari suami dengan mesej, “Salam saya Zahir. Awak cikgu tadika di mana?” Saya terus teruja dan membalas mesej tersebut.

Kami berkenalan melalui aplikasi ini selama sebulan lebih dan tidak lama kemudian, kami saling bertukar "Instagram" bagi tujuan untuk berkongsi gambar ahli keluarga kami. Alhamdulillah, selama saling mengenali semuanya berjalan dengan lancar.

Tidak lama kemudian, suami saya mengajak untuk berjumpa pada pertengahan bulan Jun 2022 bagi mengenali isi hati masing-masing. Dan pada hari pertama pertemuan itu juga, suami saya bertemu dengan ibu saya. Bagi pengetahuan semua, kami jarang berjumpa kerana suami saya tinggal di Ipoh, manakala saya tinggal di Putrajaya ketika itu.

Kami hanya bertemu 3 bulan sekali. Apabila masing-masing merasa serasi dan ahli keluarga juga sudah mengetahui hubungan kami, kami terus bercadang untuk bertunang pada tahun 2023. Pada asalnya kami bercadang untuk bertunang pada bulan Mac 2023, tetapi terdapat beberapa masalah keluarga yang tidak dapat dielak. Begitu juga, pada 1 Syawal bersamaan 22 April 2023, ayah saya telah meninggal dunia. Pada minggu kedua perayaan, suami saya bersama ahli keluarga datang ke rumah saya untuk merisik dan bertunang.Hal ini bagi mencepatkan proses tali pernikahan. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan kedua-kedua belah pihak dan akhirnya kami telah diijabkabulkan pada 4 November 2023 berwalikan adik lelaki saya.

Sejujurnya, saya agak sedih kerana ketiadaan arwah ayah saya. Arwah ayah sempat berjumpa sekali dengan suami saya pada majlis pertunangan kakak pada Ogos 2022. Itu adalah pertama dan terakhir. Untuk pengetahuan umum, ibu bapa saya telah bercerai dan suami saya pernah sampaikan pada saya ingin berjumpa dengan arwah ayah saya bagi menyampaikan hajat. Tetapi tidak kesampaian, Allah lebih menyayangi arwah ayah saya.

Bagi sesiapa yang masih belum bertemu jodoh, saya rekomendasikan platform TillJannah.my. Terdapat banyak kemudahan dan senang untuk kita menapis kriteria yang kita suka. Sebelum ini, saya tidak pernah jumpa aplikasi yang sehebat ini dan sangat menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Jangan risau tentang soal jodoh, kerana jodoh juga salah satu rahsia Allah. Mungkin anda akan bertemu jodoh di TillJannah.my? Wallahualam… Berusaha selagi boleh dan mampu. Tetapi jangan sesekali berputus asa, InsyaAllah saya doakan kalian dipertemukan jodoh yang sebaik-baiknya. Aaamin yarabbal alamin.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada team TillJannah.my diatas platform ini. Semoga Allah membalas jasa dan pahala untuk kalian. Tidak ada balasan bagi saya dan suami saya untuk team TillJannah.my. Terlalu banyak kebaikan selama menggunakan aplikasi ini. Saya doakan,aplikasi TillJannah.my maju jaya dan membantu ramai lagi hamba-hamba Allah yang masih mencari jodoh. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.
Daripada,
Saza.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh