Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Azmirul & Jannah

Assalamualaikum w.b.t.

Saya akan kongsikan pengalaman saya dan isteri berkenalan menggunakan aplikasi TillJannah. Nama saya Azmirul dan isteri Jannah.
Kami berdua berkenalan di dalam aplikasi TillJannah. Pada mulanya saya mengirim salam kepadanya dan selang beberapa minggu dia membalas salam saya. Saya pun upgrade akaun saya ke premium supaya kami boleh berkenalan dengan lebih lanjut.

Setelah beberapa hari berkenalan menggunakan aplikasi TillJannah, saya meminta nombor telefon dia untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut. Kami berkenalan jarak jauh dimana saya di Selangor dan dia di Perak. Pada waktu itu negara masih lagi di bawah kawalan pergerakan dimana tidak dibenarkan merentas negeri pada tahun 2021. Kami dapat berjumpa pada bulan November 2021 apabila dia datang ke Selangor untuk mengambil jubah konvo.

Pada kali pertama kami berjumpa, saya mengambil keputusan untuk membawa dia berjumpa dengan keluarga saya dan Alhamdulillah hubungan kami direstui oleh kedua ibu bapa saya. Pada awal tahun 2022, saya ke Perak untuk berjumpa ibu bapanya dan menyatakan hasrat untuk membawa hubungan kami ke alam perkahwinan. Ibu bapa dia bersetuju dengan senang hati.

Saya adalah kakitangan kerajaan manakala dia adalah kakitangan syarikat swasta. Saya membuat permohonan untuk bertukar ke Perak dan Alhamdulillah pada bulan September 2022 saya ditukarkan ke Perak. Pada bulan Oktober 2022 kami telah selamat bertunang. Dengan perkenalan kurang dari 2 tahun, pada tanggal 29 April 2023 kami berdua telah selamat diijab kabulkan dan sah sebagai pasangan suami isteri. Pelbagai kenangan yang berlaku sepanjang perkenalan kami berdua sehingga ke jenjang pelamin.

Siapa sangka takdir Allah S.W.T telah mempertemukan kami di dalam aplikasi TillJannah. Kepada semua ahli TillJannah kami doakan agar anda dapat berjumpa dengan jodoh anda di akaun TillJannah, teruskan usaha anda dan kami doakan kebahagiaan anda akan muncul suatu hari nanti. #doausahatawakal.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh