Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Haziq & Mimiey

Assalamualaikum

Syukur kehadrat Ilahi dengan limpahan kasih sayangnya, dengan berkat kesabaran kami, Allah pertemukan kami di aplikasi pencarian jodoh online TillJannah.my.

Buat pengetahuan pembaca, kami berdua pertama kali mendaftar akaun Till Jannah dan tidak menyangka dipertemukan jodoh disini. Jadi anda yang solo, sudi-sudilah mendaftar akaun dan mulakanlah pencarian. Tapi ingat, niat mestilah betul. Allah maha mengetahui.

Saya Wan Nurraimi W.Omar merupakan peniaga dan pemilik bakeri Mimiey Desserts. Saya menjalankan perniagaan di rumah sahaja dan memiliki sebuah mini 'baking' studio. Suami Bernama Mohamad Haziq Ab. Razak merupakan seorang pemandu bekerja di sektor kerajaan.

Memandangkan saya seorang yang sibuk dengan bisnes dan masa yang sama saya merupakan seorang pelajar separuh masa dan mempunyai masa yang terhad, membuatkan saya susah untuk berkenalan dengan orang baru.

Sama juga dengan suami. Beliau sangat pemalu dan mempunyai kenalan yang terhad.

Kami mula berkenalan di aplikasi pada bulan September 2022 yang dimulakan oleh suami. Ketika itu suami baru sahaja mendaftar akaun TillJannah sama seperti saya.

Setelah bertaaruf, lama kelamaan saya merasakan ada persamaan antara kami. Setelah merasakan wujud keserasian antara kami, suami meminta nama Instagram saya.

Suami mula hubungi dan dari situlah kami bertukar nombor telefon. Setelah pelbagai cabaran dan dugaan, itu dan ini, pada 12.12.2022 suami memberanikan diri datang ke rumah berjumpa kedua ibu bapa saya. Kami merancang untuk membuat majlis merisik seawal mungkin, namun kami diberi ujian. Bapa tercinta suami telah kembali ke Rahmatullah pada 20.12.2022. Maka hasrat suami untuk membawa ibunya merisik ditunda sehingga selesai iddah ibunya.

Dipendekkan cerita, pada tanggal 27 Mei 2023, kami telah mengikat tali pertunangan dan pada tanggal 31 Ogos 2023 kami selamat diijabkabulkan oleh abah saya sendiri.

Alhamdulillah, benarlah jodoh itu datang pada waktu yang tepat dan berkat dan in sha Allah dengan orang yang tepat.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh