Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Norazam & Siti

Assalamualaikum.

Nama saya Siti Nurlayli Binti Boestamam. Bekerja di Pizza Hut Aeon. Saya suri rumah sepenuh masa (sekarang). Nama pasangan saya Norazam Bin Abu. Bekerja sebagai rider foodpanda/grabfood. Selain itu, mengusahakan ladang kelapa sawit arwah abahnya (secara sambilan).

Tujuan saya menyertai TillJannah.my ini hanya sekadar mencuba dan bertawakal kepada Allah.s.w.t. Yang pada ketika itu, saya melihat portal TillJannah.my dan membaca testimoni kisah-kisah percintaan yang agak singkat sehingga berjaya melangsungkan mahligai cinta. Dan atas faktor umur saya yang sudah menganjak ke usia 33tahun. Suami pula hanya sekadar mencuba, setelah gagal perkahwinan pertama. Mungkin jodoh saya di sini TillJannah.my.

Saya mulakan mesej kepada suami melalui platform TillJannah.my selepas saya pulang dari kerja. Saya join TillJannah.my dan melihat senarai calon-calon di TillJannah.my, terus tertarik dengan suami ketika melihat beliau bergambar seperti seorang mutawif dengan berlatar belakang kan suasana keaadaan di Mekah ketika mengerjakan ibadah umrah. Pada 19/1/2023 mula bermesej dengan suami. Semasa beliau menyatakan yang beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia, kami sempat bertukar nombor telefon sebelum bertukar kepada WhatsApp.

Pada keesokan harinya, iaitu pada 21/1/2023. Suami ada menyatakan ingin bertemu dengan saya. Dan saya ingatkan sekadar berjenaka. Tetapi tidak, suami memang betul-betul datang ke Pizza hut Aeon. Kami tidak mengambil keputusan yang lama untuk membuat keputusan berkahwin. Tidak lama selepas itu, pada 7/2/2023 kami berdua mengaturkan pertemuan kedua-dua buah keluarga.

Seterusnya pada 19/2/2023, keluarga dari pihak suami datang ke rumah untuk majlis merisik dan hantar cincin sebagai tanda serta membincangkn hal-hal perkahwinan kami yang diketuai oleh arwah kakak sulung pada ketika itu bagi mewakilkan saya dari pihak sebelah perempuan. Walaubagaimanapun, dalam kita merancang sesuatu yg baik, tapi kita jangan lupa pada perancangan dan ketentuan Allah S.W.T adalah lebih baik. Kami dikejutkan dengan berita kematian iaitu arwah kakak sulung saya telah kembali ke Rahmatullah pada 4/4/2023. Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta diampunkn segala dosanya. Aminnn.

Majlis diteruskan lagi pada 27/4/2023 dengan majlis jamuan makan dan hantar duit hantaran. Dan pada sebelah petang pula diteruskan dengan sesi membuat persiapan perkahwinan. Dan akhir sekali, pada 2/7/2023 tepat jam 10am. Kami mulakan dengan majlis pertunangan, dan seterusnya majlis pernikahan.

Pesanan kepada yang masih ragu-ragu, sertailah TillJannah.my dan kita usaha dulu, tawakal kepada Allah S.W.T. serta berdoa kepada Allah minta dipermudahkan urusan. banyakkan membaca atau boleh ikut langkah saya yang hanya membelek dan suka-suka sahaja pada ketika itu.

Ucapan kepada TillJannah.my, terima kasih yang tidak terhingga kerana menyediakan platform cari jodoh kepada saya dan semua calon-calon yang lain. Dengan pelbagai testimoni, dari calon-calon yang berjaya melangsungkan perkahwinan dalam platform ini. Tidak kurang juga, menjaga keselesaan calon-calon untuk menjaga ikhtilat para calon agar sentiasa berasa selamat sehingga berjaya menamatkan zaman bujang bersama calon dari TillJannah.my sendiri. Dan semoga platform ini terus menjadi pilihan anak-anak muda untuk tujuan yang murni ini.

Sekian, Terima kasih 😊
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh