Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Ikhwan & Lia

Assalamualaikum admin & semua.

Saya Lia bekerja di pejabat telah bertemu jodoh dengan pasangan saya iaitu suami saya sekarang, Ikhwan yang bekerja sebagai penyelia.

Saya mahu ceritakan sikit kisah saya & cabaran dalam mencari jodoh. Antara cabarannya adalah, social circle yang kecil menyebabkan saya tidak mempunyai ramai kawan lelaki.

Saya pernah kena ghosting dengan seseorang yang saya sedang kenali, ibu kepada calon terdahulu reject saya dan sebabkan itu calon itu undurkan diri.

Akhirnya saya putuskan untuk mencari jodoh melalui kaedah online. Jadi, disebabkan itulah saya menyertai portal TillJannah.

Saya mula join portal pada bulan Disember 2020 dan berehat seketika lalu saya join kembali pada bulan April 2021. Masa ni suami join portal sebab dia bagitahu yang dia mencari calon isteri & dia mahu berkahwin.

Sepanjang berada dalam portal, saya memilih & menapis calon-calon yang saya sedang kenali. Saya yang buat langkah pertama dalam menegur calon-calon yg saya sudah senaraikan termasuklah suami saya sekarang. Saya yang mulakan dahulu perkenalan dengan suami.

Sepanjang kenal, saya sentiasa amalkan solat taubat, hajat & istikharah. Salah satu ikhtiar dalam mencari jodoh. Saya terdetik nak mengenali suami dengan lebih rapat kerana suami mempunyai kriteria-kriteria minimum yang saya sudah senaraikan untuk menjadi pilihan bakal imam saya.

Proses perkenalan secara rapat kami pada bulan Jun 2021 & pada masa ni suami dah nyatakan hasrat nak menikahi saya.

Bulan Oktober 2021 kami berjumpa buat pertama kali, alhamdulillah semua baik-baik saja & kami masing-masing mahu meneruskan ke arah yang lebih serius.

Bulan Disember 2021 suami datang jumpa ibu ayah saya sebab nak menyatakan hasrat dia mau berkahwin dengan saya. Pada 04 Jun 2022, kami pun bertunang & kami berkahwin pada 14 Januari 2023.

Alhamdulillah sepanjang kenal dengan suami sampailah dah berkahwin, saya rasa tenang saja. Saya sangat bersyukur dan gembira kerana mendapat suami seperti dia.

Saya bangga kerana mengorat dia selepas saya dapat tahu dia sesuai untuk menjadi bakal imam saya. Saya bangga jugak menjadi perigi cari timba sebab saya mencari suami dalam keadaan yang berilmu & rasional.

Doakan perkahwinan kami bahagia sehingga ke syurga! Kepada semua yang masih ragu-ragu untuk menyertai, cuba dahulu baru tahu macam mana kesudahannya.

Pesanan atau tips kepada ahli TJ yang masih belum bertemu jodoh, sentiasa usaha, doa & tawakal. Benarlah cinta online itu wujud tapi tidak terjadi kepada semua. Boleh jadi andai jodoh bukan di online, mungkin ada di luar online. Sentiasalah tambah ilmu dalam pemilihan pasangan & ilmu hubungan supaya dapat digunapakai pada masa akan datang.

Teruskan berjuang ya semua! Terima kasih portal TillJannah kerana wujud!
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh