Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Syahid & Kamilen

Assalamualaikum wbt.

Syukur ke hadrat Ilahi di atas pertemuan ini. Nama diberi Mohamad Syahid dan Nor Kamilen. Kami berdua berusia 29 tahun pada tahun 2023. Berkerjaya sebagai jurutera kawalan kualiti dan jurupulih perubatan cara kerja di sebuah kilang swasta & hospital kerajaan yang terletak di bandar Klang, Selangor Darul Ehsan.

Detik pertemuan dimulakan dengan iklan TJ dalam media massa seperti facebook. Masing-masing masih bujang dan belum berpunya. Tatkala iklan selalu ada, maka kami dengan sedikit usaha install aplikasi TJ di telefon masing-masing. Tidak lama selepas itu, ada juga cuba-cuba untuk memberi sepatah dua kata terhadap calon dalam aplikasi TJ tersebut, namun memerlukan sedikit bayaran untuk berkenalan dengan lebih lanjut. Masing-masing meletakkan kriteria yang dicari agar memudahkan pencarian bakal jodoh yang diingini. Saat terpapar pilihan calon yang dikemukan oleh pihak admin, hati pihak lelaki terdetik menegur seorang calon yang memenuhi kriteria yang dicari. Berbekalkan sedikit usaha, maka dapatlah kami bersuai kenal dgn satu sama lain.

Pertama kali cuba untuk bersuaikenal, pihak perempuan dgn caranya yang tersendiri, menguji pihak lelaki, seperti tidak layan mesej, tidak berminat untuk meneruskan perkenalan, balas mesej bersahaja saja. Tapi pihak lelaki tidak berputus asa. Selalu bertanya khabar, selalu menunjukkan minat untuk terus berkenalan. Pihak perempuan memerlukan 'effort' dari pihak lelaki, dengan mencabar sejauh mana dapat bertahan. Pelbagai alasan yang diberikan oleh pihak perempuan seperti sibuk dengan kerja.

Akhirnya setelah 3 minggu perkenalan di dalam aplikasi TJ, kami bersetuju memutuskan untuk berjumpa di sebuah tempat yang diberi nama Aeon Mall, Bukit Tinggi, Klang. Alhamdullilah semua dipermudahkan kerana jarak tempat tinggal kami sangat dekat. Masing-masing malu dengan diri sendiri, takut dengan bayangan yang menyelubungi, dengan memikirkan adakah aku layak dengan dirinya, adakah aku akan menerimanya, adakah diri ini yang banyak kelemahan sesuai dengan perwatakannya.

Saat pertemuan kali pertama, masing-masing terdetik satu perasaan iaitu menyenangi sifat dan peribadi yang ditunjukkan ketika itu. Dalam pertemuan ringkas tersebut, sempat jua kami menyelami dengan terperinci mengenai kerjaya dan juga keluarga masing-masing.

Selepas pertemuan tersebut, usaha untuk dapatkan nombor telefon dan nama akaun media massa pun berlaku. Namun tidak semudah itu. Usaha demi usaha, pujukan demi pujukan dan akhirnya dapatlah jua. Ketika itu, kami ada bersembang pasal kahwin di dalam whatsapp. Pihak lelaki tidak melengahkan masa lalu menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada pihak perempuan . Bilamana kami memikirkan mungkin ini adalah jalan yang terbaik, yang Allah swt takdirkan untuk kami berdua.

Ketika itu, kami berada di bulan sebelum raya haji, dan memutuskan untuk balik kampung untuk berjumpa dengan keluarga masing-masing. Saat-saat yang mendebarkan telah pun tiba, iaitu pada hari raya haji yang pertama. Pihak lelaki membawa keluarganya berjumpa dan merisik pihak perempuan. Dengan sifat malu yang tinggi maka terserlahlah segala adab dan budi yang selama ini menjadi tunjang dalam kehidupan seharian.

Ketika pertemuan itu masing-masing cuba untuk mendapatkan restu dari kedua-dua belah keluarga dan berbincang mengenai nikah & kahwin.Tarikh keramat telah pun dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Tiada pertunangan dan tiada hantaran yang tinggi kerana sebaik-baik perempuan adalah yang rendah maharnya. Hati berasa sangat gembira dan senang dengan keputusan tersebut.

Pulanglah kami sebagai perantau lagi dari kampung masing-masing di Bachok & Kota Bharu, Kelantan ke Lembah Klang untuk mencari rezeki. Pada ketika itu jua kami semakin sibuk dengan persiapan perkahwinan yang perlu disiapkan dalam tempoh berbaki 6 bulan sahaja. Dan dalam tempoh tersebut adakala kami berasa stress, cepat marah, cepat letih, serabut memikirkan cara dan persediaan untuk melangsungkan perkahwinan. Bisikan syaitan sentiasa bermain di pintu-pintu telinga. Pelbagai dugaan yang kami hadapi seperti hendak memutuskan hubungan, seperti hendak tawar hati, dan anasir-anasir jahat yang lain.

Namun berkat dengan doa dan pertolongan dari Yang Maha Esa, kami mampu menempuhinya. Masa berlalu dengan pantas, akhirnya pada tarikh 20 januari 2023, alhamdulillah syukur ke hadratMu Ya Allah...kami disatukan pada jam 10.30 pagi jumaat. Air mata kemenangan dan kegembiraan bermain di bibir-bibir kelopak mata.

Pesanan ikhlas kami kepada yang belum menyertai TJ, silalah usaha dengan memuat turun dan jangan malu-malu untuk bertegur dengan seseorang yang kita idamkan. Juga dinasihatkan kepada ahli-ahli TJ yang hanya melihat tanpa bersuai kenal, apa salahnya anda mencuba dengan memberi salam terlebih dahulu, mungkin ini adalah cara yang Allah swt takdirkan jodoh kepada anda.

Akhir kata daripada kami, ajal maut dan jodoh di tangan tuhan, kita sebagai hamba yang taat kepadaNya wajib mengikuti perintah dan meninggalkan larangan. Assalamualaikum wbt.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh