Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Amir & Biyya

Assalamualaikum wbt kepada warga TILLJANNAH,segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Saya Biyya dan pasangan saya Amir, saya bekerja sebagai kerani, pasangan saya bekerja sendiri. Saya menyertai portal tilljannah adalah untuk mencari jodoh bukan sekadar main-main ataupun mencuba sahaja, memang dengan harapan dapat bertemu jodoh di portal TillJannah.

Saya pernah mengalami trauma dalam hubungan sebelum ini, saya hanyalah tempat untuk mencuba-cuba nasib dan jumpa yang mahu test market sahaja.

Saya tahu mengenai portal ini melalui kawan sekolah saya, dia jugak menemui jodoh melalui portal ini. Lama-kelaman saya terbuka hati untuk mendaftar kerana memikirkan usia yang semakin meningkat, dan mak juga sering bertanya bila saya mahu bernikah.

Kali pertama membuka portal ini, pasangan saya yang terlebih dahulu menghantar mesej kepada saya, dan pasangan saya ini jugalah yang pertama mesej dengan saya. Pada awal perkenalan kami memang terasa janggal, masing-masing pun merasa janggal, disebabkan pengalaman yang lepas membuatkan kami berhati-hati dalam sesi taaruf ini. Kami berkenalan pada bulan 2 tahun 2022, kami saling berkenalan dan saling bertukar-tukar nombor telefon, dan kami terus berkenalan di whatsapp, selepas 3 bulan taarufan, kedua-dua pihak keluarga telah bersetuju dengan pilihan kami berdua, taarufun ini masih mengikut adat dengan dimulai dengan merisik sekaligus bertunang pada bulan 5 2022 dan akhirnya pada 24.10.2022 kami telah dijabkabulkan.

Nasihat saya buat wanita-wanita dan lelaki-lelaki di luar sana yang masih belum berjumpa jodoh, usaha, tawakal dan terus lah berdoa. Inshallah ada jodoh yang Allah akan berikan dalam pelbagai cara.


Saya mengucapkan ribuaan terima kasih kepada team TillJannah kerana memudahkan saya mencari jodoh, portal ini sangat membantu saya dalam mencari jodoh.



Sekian dan terima kasih.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh