Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Izzat & Hasidah

Assalamualaikum wbt kepada warga TillJannah. Segala puji bagi Allah Tuhan
sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak TillJannah kerana telah mewujudkan
platform seperti ini. Saya Siti Hasidah berasal dari Bahau, Negeri Sembilan. Saya menjalankan
perniagaan sepenuh masa, manakala suami saya, Muhammad Izzat berasal dari Klang, Selangor merupakan seorang programmer di sebuah syarikat di Shah Alam.

Alhamdulillah, kami telah bernikah pada 30 oktober 2021. Saya mendaftarkan diri sebagai penguna TillJannah pada bulan April 2021. Pengalaman cinta tak kesampaian dan bimbang bertemu dengan lelaki yang tidak
serius dalam perhubangan menguatkan lagi tekad untuk menyertai platform ini. Saya
mengetahui wujudnya platform ini menerusi salah satu iklan di laman sosial Facebook. Iklan tersebuat membawa saya terus ke pautan rasmi TillJannah dan melalui
pembacaan testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya bertemu jodoh, ianya
menghadirkan rasa percaya dengan platform ini dan mengembalikan semangat saya
untuk berkahwin.

Suami pula mendaftar sebagai pengguna pada Mac 2021 apabila niat hati yang
menebal untuk bernikah namun tiada calon disebabkan sifat pemalu beliau. Sepanjang saya menyertai TillJannah ni, beberapa calon yang saya telah cuba
berkenalan. Pada masa yang sama, saya ada klik “Memberi salam” kepada beberapa
calon yang saya berkenan.

Masa terus berlalu. Lagi sehari untuk akaun premium saya
tamat tempoh dan saya tekad jika tak ada jumpa calon lagi, saya bercadang untuk
rehat dulu dalam mencari calon. Alhamdulillah pada 4 April 2021, ada seorang calon
jawab salam saya. Beliau kenalkan diri dulu dan pada hari dan malam yang sama
beliau terus memberitahu dalam satu mesej, “Saya plan mcm ni la, since minggu depan pun dah ramadhan. Awak ambil nombor
saya, kita kenal background dulu. Then, kalau awak setuju, saya dan family datang
merisik dan bertunang terus. Insyaallah, datang raya sekali lah tu.” Terkejut dalam keterujaan, terdetik dihati ini, “adakah lelaki ini jodoh aku?”. Entah
kenapa terus saya setuju cadangan beliau dengan yakin.

Keesokan hari, saya memberitahu mak ayah saya dan buat solat istikharah. Alhamdulillah hati tenang je
untuk menerima beliau. Kami terus berhubung di aplikasi whatsapp pada 9 April 2021. Beliau rancang untuk datang bersama keluarga selepas Hari Raya Aidilfitri, akan
tetapi tidak kesampaian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masa ni, jumlah kes Covid-19 masih tinggi. Jadi terpaksa tangguh sampai kerajaan umum
boleh merentas negeri bagi yang cukup dos kedua. Alhamdulillah, pada 29 Ogos 2021, beliau dan ibu beliau sahaja yang boleh merentas negeri kerana telah cukup dua dos
vaksin. Pada tarikh itu, suami datang merisik dan bertunang sekali beserta surat
kebenaran berkahwin untuk diserahkan ke pejabat agama. Itulah kali pertama saya
dan suami berjumpa. Masya-Allah tabarakallah Alhamdulillah.

Alhamdulillah, kedua-dua belah pihak sudah berbincang berkenaan hantaran dan
persiapan majlis pernikahan. Kami tetapkan tarikh nikah pada 30 0ktober 2021. Pada 30 Oktober 2021, kami telah jadi pasangan suami isteri yang sah. Doakan
hubungan kami terus kekal sampai Syurga. Insya-Allah aamiin.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak TillJannah
kerana menyediakan platform seperti ini. Kami cuma mampu doa, usaha, ikhtiar dan
selebihnya tawakal pada Allah SWT.

Bagi ahli TillJannah yang masih belum jumpa calon yang sesuai teruskan berdoa, insya-Allah Allah akan temukan jodoh yang tepat
dan pada waktu yang kita sudah bersedia. Aamiin. Bagi yang masih belum jumpa platform untuk cari jodoh yang sesuai, TillJannah
adalah platform yang boleh dipercayai dan sistem pun sangat mudah untuk guna. Yuran premium pun berbaloi jugak. Kami doakan semoga kalian dapat jodoh yang
soleh dan solehah. Insya-Allah aamiin
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh