Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Amier & Murni

Saya, Amier Qayum bin Kharuddin, 32 tahun dan bekerja sebagai Executive Customer Service di Kuala Lumpur dan pasangan saya, Murni binti Abdullah, 38 tahun dan bekerja sebagai Advertising, Exhibition and Promotion di Sutera Mall, JB.

Saya mengetahui TillJannah menerusi Facebook dan saya ada baca komen-komen di situ. Setelah itu, saya terus berniat ingin menyertai TillJannah.
Pertama kali jumpa TillJannah banyak juga cabarannya sampai setahun juga. Di mana ada yang test market dan tak bersungguh-sungguh ke alam perkahwinan.

Setelah setahun saya bersama TillJannah, secara tiba-tiba terdetik hati saya untuk mengenali seseorang dalam TillJannah dan saya pun terus mesej dia untuk tahu perkembangannya. Sejak itu, saya pun tanya si dia kenapa si dia berminat join TillJannah. Jawapan dari dia di mana permintaan dari seorang ayahnya untuk cari calon suami. Sejak itu, saya sudah bernekad untuk terus mengenali si dia sehingga saling bertukar nombor telefon.

Pertama kali bertemu, kami berjumpa di IOI Shopping Mall Puchong selama 1/2 hari saya kenal-kenal dgn dia.
Selepas itu, saya pulang ke kampung nenek saya di Johor selama 3 hari. Pada hari ke-3, di mana saya nekad utk berjumpa dgn kakak-kakak nya tetapi tidak sangka ayah nya ada juga.
Di situ saya berbincang dengan ahli keluarganya dengan niat berkawan - masuk merisik - bertunang - kahwin. Ayahnya pun setuju tapi bagi belah keluarga saya perlu tahu dengan siapa saya berkawan dan bertakhta di hati.

Saya dan isteri mengambil masa berkenalan di TillJannah dalam masa 3 minggu.
Saya dan isteri bertunang pada 31/1/2022, buat persiapan perkahwinan dalam tempoh yang agak singkat (7 bulan) dengan siapkan dokumen, kursus dan sebagainya. Pada 3/9/2022, bermula hidup kami sebagai suami isteri dan kini telah masuk 2 bulan kami di alam perkahwinan.

Kepada di luar sana, jgn malu untuk kenali bakal pasangan anda. Perbanyakkan berdoa ya. ttt

Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada pihak TillJannah kerana buka laluan saya untuk mencari jodoh. Yang kedua, bagi semua pengguna dan bakal pengguna TillJannah jangan takut untuk mencuba. Kita sebagai hamba-Nya perlu ikhtiar di mana usaha dari kita sendiri dan tawakkal dari-Nya.

Sekali lagi, terima kasih kerana dengan adanya platform TillJannah ini, saya dan isteri bertemu jodoh. Sesungguhnya, ALLAH itu sebaik-baik perancang.
Saya harap platform TillJannah ini terus membantu kaum adam dan hawa bertemu jodoh. Aamiin 
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh