Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Herman & Maizura

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya Maizura dan pasangan Herman bekerja di sektor swasta. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk berfikir mencari jodoh. Saya mula berdaftar dengan Tilljannah.my sejak Februari 2021 setelah laman ini kerap lalu di laman Facebook saya, lalu saya terus mencuba untuk mendaftar.

Pada mulanya, amat sukar untuk bertemu dengan calon pilihan yang serasi kerana mungkin saya terlalu memilih. Saya pun berehat sementara untuk mencari kenalan. Bulan Ogos 2021 saya terdetik semula untuk mengaktifkan akaun dan mencuba sekali lagi. Alhamdulillah, setelah menghantar mesej โ€œSalamโ€ kepada si dia. Dia memberikan jawapan dan sejak itu kami mula berkenalan dan dia sangat serius untuk menghalalkan hubungan.

Akibat daripada Covid-19 yang melanda, merentas daerah pada waktu itu tidak dibenarkan lagi dan kami tidak dapat bertemu. Hanya melalui whatsapp sahaja untuk kami mula berkenalan. Alhamdulillah, pada Disember 2021 si dia datang ke rumah bersama ibunya untuk bertemu dengan ibubapa saya. Kami tidak pernah bertemu sebelum ini, Si dia terus merisik dan meminang saya pada masa itu. Oleh kerana keikhlasan dan kejujurannya untuk menikahi saya, keluarga bersetuju untuk langsungkan pernikahan.

6 Me i2022 ialah hari yang sangat bahagia buat kami kerana kami selamat di ijab kabulkan. Alhamdulillah, dikurniakan suami yang sangat baik, jujur dan ikhlas mencintai saya. Semoga kami bahagia till Jannah. Aminn.

Buat yang masih mencari jodoh, berusahalah dan jangan berputus asa. Perbaiki diri, banyakkan berdoa dan ikhlaskan hati untuk menerima jodoh yang telah tertulis. InsyaAllah.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada team TillJannah.my kerana menubuhkan portal ini. Portal terbaik yang memberikan peluang kepada ramai yang diluar sana untuk berusaha mencari jodoh.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


๐Ÿ‘‡๐Ÿผ Join telegram kami ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ
t.me/TillJannahPortalJodoh