Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Jaffri & Madiha

Assalamualaikum, nama saya Madiha dan pasangan saya Jaffri. Sebelum berkahwin saya bekerja sebagai pembantu kantin sekolah dan suami bekerja sebagai security. Namun suami maklumkan selepas berkahwin saya tidak perlu bekerja. Menjadi bonus buat saya.

Bukan saya tidak cuba mencari calon di luar tetapi saya sangat pemalu dengan lelaki. Memang agak mustahil dalam mencari calon suami. Pernah juga ada yang bertanya namun ianya tak kekal.

Dalam pada mencari calon terjumpa pula iklan TillJannah di Youtube Syahmi Syazli. Setelah berfikir beberapa kali, apa salahnya saya mencuba nasib di sini. Namun ternyata, bukan perkara yang mudah dalam mencari calon suami walaupun banyak pilihan yang bagus-bagus. Sehinggakan saya hampir berputus asa untuk mencari calon suami. Kalau ada tu alhamdulillah. Takde pon takpe. Sehingga saya mendapat motivasi untuk kembali mencuba nasib di TillJannah.

Selepas hampir 2 tahun di sini, akhirnya si dia memulakan perkenalan. Dan, dialah orang pertama yang memberi salam selepas saya kembali semula. Saya tak fikir panjang terus menjadi ahli premium. Setelah separuh jalan perkenalan dan masing-masing berkongsi nombor telefon, tiba-tiba si dia senyap. Saya fikir mungkin tiada harapan. Selepas beberapa hari tiba-tiba si dia mesej melalui whatsapp. Memang tak terjangka.

Kami kenal tak lama. Lepas 2 minggu kami berjumpa buat kali pertama di rumah bersama keluarga masing-masing. Sebulan kemudian kami ikat tali pertunangan. Dan kami berkahwin 2 bulan selepas bertunang. Sesuatu yang melucukan bila si dia sibuk bekerja sehingga kerap kali tok kadi mengingatkan untuk mengisi borang nikah.

Pesanan saya buat mereka yang di luar sana tak salah kalau anda mencuba nasib di platform TillJannah. Ini juga salah satu ikhtiar dalam mencari jodoh. Mana tahu jodoh anda di sini.

Dan kepada ahli TillJannah yang masih belum bertemu jodoh jangan berputus asa. Banyakkan berdoa yang lebih spesifik untuk jodoh.

Kepada pihak TillJannah tahniah dan terima kasih kerana telah menyediakan platform yang sangat bagus untuk orang ramai mencari calon pasangan. Dan kerana ini juga saya mendapat sebaik-baik pasangan hidup.

Doakan kami mendapat zuriat yang comel serta soleh dan solehah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh