Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Izwan & Ain

Assalamualaikum.

Nama saya Siti Nurul Ain Bt. Rahmat seorang suri rumah manakala pasangan saya Mohd Izwan B. Zainol bekerja kampung dengan menjaga ladang kelapa sawit persendirian. Alhamdulillah, kami telah selamat diijab qabulkan pada 12.3.2022 dan sekarang kami hampir meniti ke 8 bulan usia perkahwinan kami. Dan alhamdulilah juga saya telah hamil buat kali kedua (kandungan berusia 4 bulan) kerana telah gugur pada 3 bulan pertama awal perkahwinan haritu.

Perjalanan perkenalan kami agak singkat dan mudah, berkenalan dalam tempoh sebulan tanpa bersua muka terus kami ambil keputusan bertunang untuk pertama kali jumpa dan kali kedua berjumpa adalah pada hari kami diijabkabulkan.

Saya mula tahu berkenaan TillJannah sudah lama lebih kurang 5-6 tahun lepas iaitu ketika saya sudah 2 tahun bergelar ibu tunggal cuma saya kurang aktif. Pada bulan Julai, saya berniat untuk join TillJannah kembali atas sebab pada ketika itu tengah kecewa oleh kerana putus tunang kerana tiada jodoh. Pada 4 bulan pertama saya masih belum bertemu jodoh. Setiap hari saya berdoa supaya dipermudahkan urusan jodoh dan ditemukan dengan orang yang tepat untuk saya.

Kemudian pada tarikh 28.10.2021 saya menerima β€œchat” dari salah seorang peserta TillJannah yang memberi salam pada saya dan keesokan harinya baru saya membalas salamnya. Esoknya pada 1.11.2021 beliau telah membalas chat saya dengan memperkenalkan diri secara ringkas dan memberitahu akaunnya akan tamat dan dia ingin berkenalan dengan saya dengan lebih serius. Jadi dia meminta nombor saya beserta meninggalkan nombor telefonnya dengan kata-kata ikhlas untuk mengenali saya.

Waktu itu, ketika baca balasannya hati saya terdetik untuk whatsapp nombornya dan mencuba berkenalan dahulu. Seperti wanita lain, saya juga berkenalan dengan suami masa itu ada rasa teragak-agak dan ada sikap kurang percaya jadi memang hal tentang saya kurang dibicarakan banyak kata-kata si dia sahaja yang menceritakan dan menjelaskan tentang keluarga dan tentang dirinya. Selepas saya mengetahui yang dia pun hampir 8 tahun menduda seperti saya juga iaitu sejarah kahwin dulu kami pada tahun 2014, saya tertarik untuk berkenalan lebih lanjut dan seterusnya menceritakan tentang diri saya padanya.

Kami mula mencari keserasian dan dia ada juga termasuk dalam ciri-ciri yang saya mahu dan saya percaya setelah apa yang dia lalui pada fasa penceraian ketika masa dulu membuatkan dia seorang yang serius untuk mendirikan rumah tangga pada masa hadapan. Dia pun memberitahu sudi menerima kehadiran anak-anak saya dan insyaALLAH akan menganggap seperti anak sendiri.

Pada 25.11.2021 suami saya telah memutuskan untuk datang berjumpa keluarga saya untuk merisik pada tarikh 12.12.2021 yang mana pada ketika itu kami masih belum berjumpa hanyalah berkenalan dalam talian sahaja. Atas sikap saling percaya kami ketika itu kami bersetuju untuk memberitahu ibu bapa masing-masing.
Alhamdulillah ibu bapa kami masing-masing bersetuju untuk berjumpa.Tapi bukan sahaja merisik, malah ketika itu rombongan keluarga si suami datang bertujuan untuk terus mengikat tali pertunangan dengan adanya 2 cincin. Dan hari itu juga keluarga kami telah menetapkan tarikh 12.3.2022 untuk kami dinikahkan iaitu genap 3 bulan bertunang. Alhamdulillah semua proses pernikahan kami dipermudahkan. Syukur alhamdulillah, Allah Maha Besar Dia mendengar doa hamba-hambaNya.

Doakan kami dipanjangkan jodoh & semoga hubungan suami isteri kami kekal hingga ke akhirat, insyaALLAH moga doa yang baik-baik berbalik pada kalian yang membaca kisah saya ini 😊

Kepada yang belum bertemu jodoh, saya sarankan bolehlah mencuba di TillJannah. Yakinlah tanpa usaha jodoh takkan datang bergolek. Mungkin ada yang tidak setuju kerana laman ni juga termasuk dalam laman sosial tapi yakinlah laman ini bukan jenis yang biasa-biasa, data peribadi kita terjaga oleh pihak TillJannah. Cepat-cepatlah join dan semoga urusan anda semua dipermudahkan.

Terima kasih pada team TillJannah kerana telah menjadi platform cari jodoh buat saya dan suami. Semoga terus maju jaya.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


πŸ‘‡πŸΌ Join telegram kami πŸ‘‡πŸΌ
t.me/TillJannahPortalJodoh