Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Fitri & Asyikin

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum, nama saya Nurul Asyikin dan nama suami saya Nur Muhammad Fitri. Bermula saya join TillJannah ni pada tahun 2018. Saya join atas saranan kawan saya kerana saya seorang yang tidak pandai bercinta. Waktu mula-mula saya join saya tak berniat untuk mencari jodoh, sebab saya tidak berminat dan tak bersedia untuk berkahwin lagi. Malahan saya tak aktif pon di TillJannah.

Sampailah tahun 2020, atas desakkan ibu dan keluarga saya. Barulah saya serius untuk mencari jodoh dan saya kembali aktifkan akaun di TillJannah. Di samping itu, waktu PKP susah untuk berjumpa mana-mana lelaki. Saya ambil keputusan untuk mencari jodoh atas talian sahaja.

Perkenalan kami dalam masa yang singkat, cuma memberi salam perkenalan dan bertukar nombor telefon, facebook dan Instagram. Nak kata hari-hari berhubung, tidak lah. Saya seorang yang sibuk bekerja, balas whatsapp pon bila waktu lapang sahaja. Tak sampai sebulan perkenalan kami, suami saya bersuara untuk berjumpa. Awal nya saya menolak, yelah zaman sekarang kan macam-macam benda boleh jadi. Apabila dipujuk, akhirnya saya bersetuju tapi bersyarat. Berjumpa cuma dekat-dekat sahaja.. Pada 27/6/2020 ada lah hari perjumpaan pertama kami.

Selepas pertemuan, kami berdua mengambil langkah untuk lebih serius. Perjumpaan kami kali kedua, saya memperkenalkan suami kepada ibu bapa saya. Alhamdulillah, keluarga saya merestui. Lepas perkenalan dan persetujuan kedua belah keluarga, kami membuat keputusan mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat. Kami tak nak berkenalan terlalu lama.

Selepas kami bertemu keluarga kedua belah pihak, pada 28/11/2020 saya dirisik dan 25/12/2020 saya bertunang. Urusan kami dipermudahkan, pada 30/7/2021 waktu PKP saya Nurul Asyikin sah menjadi isteri kepada Nur Muhammad Fitri. Alhamdulillah rezeki kami selepas 3 bulan kami berkahwin, saya disahkan mengandung dan saya dapat bersalin jatuh nya tarikh perjumpaan kami iaitu pada 27/6/2022. Sekarang anak kami berusia 4 bulan.

Nasihat saya buat wanita-wanita dan lelaki-lelaki di luar sana yang masih belum berjumpa jodoh, usaha, tawakal dan terus lah berdoa. Insya-Allah ada jodoh yang Allah akan berikan dalam pelbagai cara.

Terima kasih TillJannah kerana pertemukan kami.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh