Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Nursaiful & Farhana

Assalamualaikum,

Tuan/Puan,

Merujuk perkara di atas, saya beserta isteri saya ingin menutup akaun untuk TillJannah kerana kami telah mengikat tali pernikahan pada 03/09/2022. No calon bagi saya adalah G283VQ dan isteri saya pula DO3L41. Dengan ini saya berharap pihak Tuan/Puan boleh menutup akaun kami berdua. Beserta ini kami ingin memberi testimoni untuk penggunaaan aplikasi ini.

Testimoni:

Assalamualaikum, alhamdulillah saya telah dipertemukan dengan pasangan hati saya dan telah diakad nikah pada 03/09/2022.

Saya Nursaiful Bahri mula berkenalan dengan isteri saya (Farhana) pada 29/11/2021. Pada mula perkenalan, saya merasakan 'she is the one', dan mula untuk meminta nombor telefon bagi berkenalan dengan lebih lanjut. Alhamdulillah, isteri saya bagi nombor telefon itu dan di situ detik-detik kami berkenalan bermula. Dalam tempoh berkenalan, saya memulakan niat untuk berjumpa bersemuka dengan isteri saya. Sebulan selepas berkenalan, saya berjumpa dengan dia untuk berkenalan lebih lanjut. Alhamdulillah, semasa berjumpa, dia sangat periang orangnya, sangat berkenan di hati. Tapi apakan daya, kami hanya berjumpa sekejap sahaja. Kembali sahaja saya ke rumah sewa saya, perasaan rindu mula timbul dan perasaan kasih sayang mula hadir. Bak kata orang, mandi tak basah, tidur tak lena.

Apabila sudah berkenalan hampir 2 bulan lebih, saya merasakan, ingin bertemu dengan keluarga isteri saya di kampung. Saya menyatakan hasrat saya kepada isteri saya ingin bertemu dengan keluarganya. Pada mulanya, isteri saya agak terkejut, tapi saya menyatakan ingin adakan perhubungan yang halal dan langkah pertama adalah dengan berkenalan dengan keluarganya. Isteri saya bersetuju dan berjumpa dengan keluarga isteri dua minggu selepas itu. Alhamdulillah kehadiran saya disambut baik dan mereka pun agak terkejut kerana tiba-tiba anak dara mereka bawa lelaki balik. Lelaki yang tidak pernah mereka jumpai, tiba-tiba datang ke rumah mereka. Walaupun begitu, kehadiran saya disambut baik. Alhamdulillah mereka agak senang dengan kehadiran saya.

Selesai sudah saya berjumpa dengan keluarga isteri saya. Tiba masa pula isteri saya pula berjumpa dengan ibubapa saya pula. Perjumpaan antara ibubapa dan isteri saya selepas dua minggu berjumpa dengan keluarga isteri saya. Alhamdulillah, ibubapa saya senang dengan isteri saya, dengan watak periang dan pemakaian tutup aurat. Ibubapa saya mengatakan 'lulus'. Pada malam itu juga, saya menyatakan ingin menghantarkan rombongan meminang kepada keluarga isteri saya. Alhamdulillah, isteri saya pun menunggu untuk berbincang dalam perkara ini. Selepas berbincang, saya membuat keputusan untuk datang meminang + merisik pada 19/03/2022. Isteri saya mengusulkan perkara ini kepada keluarganya dan alhamdulillah mereka bersetuju dengan tarikh ini.

Seminggu sebelum tarikh pertunangan, Allah hadirkan ujian kepada keluarga saya, hampir satu keluarga saya terkena jangkitan yang amat popular, virus COVID-19. Allahu, terpaksa saya menyatakan hasrat itu kepada isteri saya berkemungkinan terpaksa tunda majlis tunang. Tetapi di sebalik hikmah itu, Allah hadirkan ilham untuk meneruskan majlis itu pada 20/03/2022 kerana tarikh habis kuarantin keluarga saya pada 19/03/2022. Allahu, hanya terpaksa tunda sehari, tetapi keluarga sana menerima dengan baik dengan keputusan itu. Hanya Allah sahaja boleh membalas jasa-jasa keluarga mentuaku.

Alhamdulillah proses merisik + bertunang berjalan dengan baik, tarikh untuk perkahwinan juga telah dibincang antara dua pihak keluarga. Pertemuan antara dua keluarga jauh disambut dengan baik dan semua urusan dipermudahkan Alhamdulillah. Ibubapa saya berpesan untuk berdoa agar urusan akad nikah dan juga majlis walimatulurus dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah urusan kami berdua dipermudahkan, majlis akad nikah serta walimatulurus sebelah isteri saya pada 03/09/2022. Semua ahli keluarga saya excited untuk menerima seorang ahli keluarga baru. Dan majlis dibahagian saya pula pada 10/09/2022. Alhamdulillah kedua-dua majlis dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Nasihat saya kepada yang ingin mencuba TillJannah, berusahalah, dan berikhtiar lah, selalu berdoa kepada Allah dan insyaAllah akan diperkenankan. Dan terima kasih kepada TillJannah membuka ruang untuk saya dan isteri saya berkenalan. Dan insyaAllah dialah satu-satunya buah hati sayang sehingga ke syurga, Aminn. Sesuai dengan nama aplikasi ni TillJannah. Sekali lagi Alhamdulillah dan terima kasih ke aplikasi TillJannah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh