Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Naim & Hasni

Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmatnya.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak TillJannah.my kerana telah menyediakan platform secara maya ini sebagai jalan perkenalan awal antara saya dan isteri saya sehingga telah membawa kepada satu permulaan kisah hidup yang baharu sebagai suami isteri.

Saya merupakan seorang yang agak pemalu terutamanya kepada kaum hawa, sikap saya tersebut mempengaruhi kehidupan saya yang mana saya sukar untuk berkenalan dengan mana-mana wanita untuk dijadikan pasangan. Saya telah dinasihati oleh rakan supaya mencari pasangan menggunakan aplikasi cari jodoh secara online yang islamik. Setelah meneliti beberapa aplikasi di internet, saya membuat keputusan untuk menyertai tilljannah kerana melihat calon yang ramai dan aplikasinya yang mesra pengguna.

Secara jujurnya saya mengambil pakej premium selama setahun kerana sedar bahawa mencari pasangan hidup ini bukanlah perkara yang mudah. Sebelum mengenali isteri saya di sini, banyak kali juga saya bertaaruf dan akhirnya masing-masing mengambil keputusan untuk tidak meneruskan taaruf. Pada bulan terakhir tempoh akaun premium saya. Saya mula rasa tidak yakin akan bertemu jodoh di sini sehinggalah Allah menggerakkan hati saya untuk memberi salam kepada seorang wanita pada ketika itu (isteri saya) dan Allah membuka hatinya untuk menjawab salam dan bertaaruf.

Kami berkenalan dalam bulan Julai 2022. Setelah sebulan berlalu, kami mengambil keputusan untuk berjumpa buat kali pertama. Setelah berjumpa, kami berdua tekad meneruskan perkenalan ini. Pada bulan September 2022, saya dan keluarga menziarahi keluarganya atas tujuan merisik dan kami bersetuju untuk bertunang pada 15/10/2022 dan akhirnya bernikah pada 21/12/2022. Alhamdulillah inilah permulaan kisah hidup kami sebagai suami isteri setelah berkenalan dalam tempoh 5 bulan sahaja.

Nasihat saya kepada yang masih mencari pasangan hidup, teruskan usaha dan jangan berputus asa kerana tuhan sentiasa menjawab doa-doa kita. Mungkin kisah cinta yang tidak berkesampaian sebelum ini merupakan jawapan dari Allah, sama ada kita masih belum layak menerimanya atau Allah mahu beri kepada kita pasangan yang lebih baik daripada sebelumnya. Sekian perkongsian saya, wassalam.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, bujang / duda / janda dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh