Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Azraaim & Zulaikha

Buah Delima Merah Berseri
Bila Diminum Sejukan Badan
Perbetulkan Niat Tanpa Henti
Insyaallah Jodoh Kita Dipermudahkan

Saya MUHAMAD AZRAAIM BIN MAHADZIR dari Kuala Nerang, Kedah bekerja sebagai Penternak dan Pegawai Lapangan NCIA Daerah Padang Terap, Kedah dan isteri saya SITI ZULAIKHA BINTI MOKHTAR dari Chukai, Terengganu bekerja sebagai Tutor dan mempunyai perniagaan Hometution. Kami telah bernikah pada 14 Mei 2022 bersamaan 13 Syawal 1443Hijrah.

Pada mulanya saya menyertai TillJannah pada bulan November 2019 kerana ingin mencari kenalan yang lebih ramai untuk membina rangkaian persahabatan dan mengembangkan perniagaan. Manakala bagi isteri pula, beliau memang inginkan pasangan hidup, isteri mula mendaftarkan akaun TillJannah pada bulan Ogos 2020.
Dari bulan November 2019 hingga Ogos 2020 ramai calon yang saya berkenalan dalam TillJannah, banyak sangat perkara yang saya pelajari, banyak pengajaran yang telah berlaku dalam hidup saya sepanjang tempoh itu.
Pada Ogos 2020, di wall TillJannah saya lalu calon seorang gadis yang dilihat agak menarik penampilannya. Telah membuatkan jari saya klik “memberi salam” untuk memulakan perkenalan. Saya tertarik dengan beliau kerana “manis wajahnya” seperti ciri yang saya inginkan dan minat dalam menganjur serta menyertai program-program keilmuan, komuniti, kebajikan dan kesukarelawan. Oleh sebab itu saya mula untuk mengenali beliau dengan lebih rapat. Alhamdulillah mesej saya berbalas. Hehehe. Beliau mesra dan saya selesa dengan beliau.

Pada Ketika itu, saya juga telah ditawarkan pekerjaan sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) gred 41 di Unit Perancang Ekonomi, Putrajaya. Saya tidak yakin untuk menerima tawaran tersebut. setelah saya berbincang dan memohon pandangan beliau, Alhamdulillah beliau memberikan pandangan yang baik dan saya menerima tawaran tersebut dan beliau juga mencadangkan agar projek ternakan saya ditanguhkan buat sementara kerana factor kewangan dan menyimpan gaji sebagai modal pusingan untuk aktifkan Kembali projek ternakan.

Peluang yang ada telah saya gunakan sebaik mungkin untuk berjumpa dengan beliau buat pertama kalinya dalam sebuah program di Putrajaya pada 21 September 2020 iaitu Konvensyen Usahawan Alumni bersama Industri Universiti Awam di Hotel Marriot, Putrajaya.

Pertemuan bertentang kurang 45 minit telah membuatkan hati berasa yakin untuk ke "next step", sya merancang untuk ke Chukai kemaman bg bertemu dengan beliau dan keluarganya. Saya gunakan kaedah serampang dua mata. hehheh. Maka, saya aturkan satu program supaya keluarga saya memberi kebenaran untuk saya ke Terengganu. Dimana saya dan beliau telah aturkan satu sesi khas perbincangan bersama tutor-tutor dibawah kelolaan beliau bagi menjalankan program seminar serta lawatan tapak dan dewan tempat seminar tersebut akan dijalankan.

pada sebelah petangnya saya bertemu dengan waris beliau dan berkenalan dengan ibu bapanya.
Alhamdullilah diberikan keizinan untuk ke peringkat seterusnya. Tarikh pertemuan tersebut pada sabtu 26 September 2020. Seminggu selepas bertemu di Putrajaya.

Kami telah merancang untuk bertunang. Namun perancangan tersebut terpaksa ditangguh akibat situasi covid yg tidak menentu dan arahan PKP yg tidak menentu juga. Hari demi hari, bulan demi bulan. Akhirnya, 4 November 2021 keluarga telah memasuk minang beliau untuk saya. Alhamdulillah rezeki bertunang dan niat untuk halalkan perhubungan, ALLAH kurniakan rezeki buat saya, saya telah ditawarkan sebagai Pegawai Lapangan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) Daerah Padang Terap Kedah.

Bagi rakan-rakan yang ingin mencari jodoh, sertai lah TillJannah. Ramai calon dalam platform ini. InsyaALLAH akan ada yang menawan hati. Pokok pangkalnya perbetulkan niat agar apa yang kita hajati dipermudahkan.
Kepada yang sudah menyertai tapi belum berjumpa. Usaha lagi dan pilih lagi. Laburkan sedikit wang untuk dapatkan pakej premium supaya kita dapat saling berbalas mesej. Setakat daftar akaun tapi tidak aktif tak akan ubah apa-apa. Maka kita sendiri perlu lakukan perubahan.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, bujang / duda / janda dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh