Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Shikin & Nafis

Alhamdulillah syukur pada Allah saya (Shikin, 33, Selangor) dipertemukan jodoh dengan suami (Nafis, 33, Kuala Lumpur) melalui TJ pada 22/4/21. Kami mengikat tali pertunangan pada 30/10/21 dan diijab qabulkan pada 27/5/22.

Atas dorongan sepupu, saya mula join TJ pada 22/4/21. Suami adalah orang yang pertama menghulurkan salam di dalam TJ. 23/4/21 kami terus bertukar no phone untuk kenal lebih rapat disebabkan akaun TJ suami bakal tamat dalam masa yang terdekat.

25/4/21 suami mengatakan hasrat untuk berjumpa secara face to face. Saya bagitau suami kalau betul nak jumpa face to face dia kena dapatkan kebenaran dari Mama saya terlebih dahulu. Suami tanpa teragak-agak terus menghubungi saya melalui panggilan telefon dan dia sendiri bercakap dengan mama saya untuk mendapatkan kebenaran keluar berbuka puasa pada hari tersebut. Semasa berjumpa buat pertama kali tu, suami terus mengatakan hasrat untuk meneruskan hubungan ke fasa seterusnya (bertunang & berkahwin).

27/4/21, suami datang ke rumah, berjumpa dengan mama saya menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya. Mama tidak membantah, mama hanya pesan banyakkan berdoa kalau dia jodoh terbaik insyaAllah akan dipermudahkn segala urusan.

1/5/21, suami meminta izin dari mama saya untuk memperkenalkan saya pada ibunya.. Setelah berjumpa ibunya, Ibunya membuat keputusan untuk menghantar rombongan merisik dan bertunang pada bulan hadapannya iaitu Jun 2021. Bagaimanapun hasrat kami untuk bertunang pada bulan Jun tergendala disebabkan Perdana Menteri mengumumkan PKP (tidak boleh merentas negeri).

Sebaik sahaja PKP tamat pada bulan September 2021, kami terus memilih tarikh 30/10/21 untuk mengikat tali pertunangan.

Alhamdulillah segala urusan proses permohonan nikah kami dipermudahkan Allah.
Setelah segala persiapan dibuat, akhirnya kami diijabkabulkan pada 27/5/22. Syukur Alhamdulillah.

Kepada yang belum bertemu jodoh, boleh lah mencuba TJ. Jodoh takkan datang bergolek tanpa usaha. Cepat-cepatlah join dan saya doakan semoga urusan anda semua dipermudahkan. InsyaAllah. Terima kasih kepada team Tilljannah.my kerana menjadi platform cari jodoh online yang terbaik. Semoga terus maju.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh