Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Aina & Amir

Assalamualaikum. Nama saya Aina. Saya mula menyertai TillJannah pada 7 November 2020. Ini adalah website ketiga saya sertai untuk serius mencari bakal imam. Saya mula mengenali pasangan saya (Amir) pada 16 April 2021 dan selamat diijab qabul pada 11 November 2021.

Saya menyertai TillJannah ni selepas melihat video Siti Awe buat review berkenaan website ni. Saya sangat teruja melihat pasangan yang dah berjaya ke alam perkahwinan hasil berkenalan di TillJannah.

Pasangan saya mula menghantar mesej pada pagi Jumaat 16 April 2020. Saya buat solat istikharah dulu sehari sebelum membalas mesejnya.

Selepas 2 ke 3 kali membalas mesej. Pasangan saya berkongsi nombor telefon dan kami terus berkenalan di whatsapp. Sebulan selepas berkenalan, dia menghubungi ibu saya dan saya pun menghubungi ibu dia. Cabaran yang kami lalui ketika itu adalah musim PKP dan tidak boleh merentas negeri. Kami hanya kenalkan keluarga kami melalui video call. Ibu mertua saya merisik dan meminang melalui panggilan telefon sahaja.
Alhamdulillah semua dipermudahkan. Sehari sebelum nikah kami bertunang dan itulah kali pertama perjumpaan kedua belah keluarga.

Platform TillJannah ni sangat membantu jika kalian mempunyai matlamat dan ciri-ciri yang jelas untuk mencari pasangan.

Teruskan berusaha berkenalan. Semakin ramai kita kenal, semakin mudah kita nampak jalan.

Semoga dipermudahkan segala urusan yang belum bertemu jodoh. Tambah ilmu, sabar dan konsisten. InsyaAllah akan ketemu jodoh melengkapi.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh