Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Aisyam & Diyana

Assalamu'alaikum kepada warga till jannah.

Alhamdulillah. Masya Allah Tabarakallah. Saya Diyana. Pasangan saya Aisham. Syukur kepada Allah kerana memudahkan jodoh kami. Perkenalan dan pertemuan dalam waktu yang sangat singkat di TillJannah. Portal yang sangat bagus bagi saya. Ramai kenalan baru dan rating umur yang hampir sebaya. Memudahkan pencarian pasangan. Bagi pendapat saya, TillJannah portal pencarian jodoh yang terbaik.

Pada dasarnya, perkenalan ini di pantau oleh ibubapa saya. Permulaan pencarian di mula oleh ibu saya. Banyak portal juga kami layari sejak 2020 . TillJannah ini salah satunya tapi kami kurang aktif di sini. Kami aktif mencari di sini pada October dan November 2021 sahaja. Tentang siapa dahulu memberi salam, kami tidak pasti. Mungkin ibu saya yang memberi salam atau si dia. Perkenalan dan pencarian secara rawak sahaja dengan melihat biodata terlebih dahulu. Setelah semua berjalan lancar, baru betul- betul saya membalas mesej yang dihantar. Permulaan perkenalan, ibu saya meletakkan syarat berkenalan 2 minggu di dalam portal TillJannah. Kerana, banyak juga pengalaman perkenalan tersangkut di tengah jalan yang membuang masa.

Sepanjang perkenalan di TillJannah, kami banyak bertanya berkenaan berapa lama tempoh untuk berkahwin dan perancangan masa hadapan dan keluarga . Tujuan utama adalah kerana tak mahu lagi terpilih orang yang kurang tepat dan belum bersedia . Kami berdua juga membuat solat hajat dan istikharah supaya boleh melihat kesesuaian kami. Waktu terakhir, saya rasa tak berapa sepadan dengannya dan menarik diri. Tapi, mungkin jodoh sudah tertulis dengan cara dia memujuk, melembutkan hati saya. Saya tak sangka pada hari tu hari jadinya. Jadi saya beri peluang lagi dgn memberi no handphone ayah saya. Dari situ saya melihat kesungguhan si dia. Dia mula mesej ayah saya memberitahu dia sedang berkenalan dengan saya. Dan memberi tarikh untuk datang berkenalan dengan ibu bapa saya. Apabila melihat kesungguhannya, saya mula memberi no tel saya dan kami mula berwasap di luar TillJannah pula. Saya pernah menulis tentang pengalaman ayah saya solat hajat dan kesungguhan untuk kahwin dengan ibu saya sebagai iktibar. Mungkin ini juga salah satu dorongan kuat untuk dia mengenali saya. Tujuan saya supaya si dia tidak membuang masa jika dia tidak dapat menerima saya.

Kami mula berkenalan di bulan November 2021 dan berjumpa di rumah saya pada Januari 2022. Saya sangka mungkin si dia hanya mahu melihat dan berkenalan dengan saya dan keluarga. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk dia menerima saya. Tak sangka pertemuan pertama itu si dia terus datang merisik pada waktu yang sama. Seminggu kemudian kami mengikat tali pertunangan dan bernikah pada 27 Mac 2022. Cabaran kami tidak setara seperti orang lain. Mungkin kerana kami hanya berkenalan dalam whatsapp dan bertunang dalam masa yang singkat. Kami tak pernah keluar dating dan hanya berwasap cerita tentang kerja dan aktiviti sahaja. Diharap cinta selepas nikah ini memberi kebahagiaan kepada kami dan keluarga. Doakan ya.

Bagi yang belum bertemu jodoh jangan berputus asa. Ibu saya mencari selama 2 tahun sehingga bertemu di TillJannah. Jangan cepat mengalah. Jodoh kita itu adalah cerminan kita. Dia berusaha untuk kita. Tidak kiralah kita wanita yang bagaimana. Jangan malu untuk tekan kirim salam. Mana tahu salah seorang tu jodoh kita. Apa yang paling penting. Berdoa lah kepada Allah, supaya jodoh yang datang boleh membahagiakan kita dan keluarga. Yang sentiasa Allah redhai dan rahmati. Yang masih ada ibu bapa, doa mereka paling mustajab dan kita sendiri pun perlu berdoa sungguh-sungguh. Supaya rumah tangga kita kelak sentiasa Aman. Jangan lupa tulis biodata kita seperti mana yang kita kehendaki. Gambar yang jelas dan kemas.

Akhir kata, saya doakan anda yang belum hadir jodoh, akan hadir jodoh yang baik dan mendapat redha Allah. Aaminn ya rabbal Alamein.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, bujang / duda / janda dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh